Hiburan
Aishah Beri Pendapat Isu Juri Program Realiti 'Tak Pandai' Nyanyi - "Yang Penting Mereka Ada Ilmu..."
Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Aishah memberikan pandangannya berkaitan isu pengambilan individu yang tidak boleh menyanyi sebagai juri.
Menurut Aishah atau nama lengkapnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata kriteria untuk bergelar juri bukanlah terletak kepada nyanyian tetapi ilmu seseorang individu itu tentang muzik.
“Kena faham dalam mencari juri yang baik kebolehan dia (juri) sendiri untuk menyanyi sebenarnya bukan satu kriteria.
“Yang penting juri ini mesti ada ilmu tentang persembahan, tentang vokal dan pengalaman. Jadi dia sendiri boleh nyanyi atau tidak adalah hal yang berlainan,” ujarnya.
@aishahjmm Juri kerjanya menilai♬ original sound - Wan Aishah Wan Ariffin
BERITA TRENDING: "Why Not Mencuba!" - Mas Idayu Alih Genre Dangdut Ke Pop Rock, Lancar Lagu 'Harum Mekar Di Hati'
BERITA TRENDING: Anggap Joey Daud Berbakat Besar, Mas Idayu Hanya Beri Komen Sebagai Juri Yang Melihat Persembahan - “Kalau Terasa Saya Tak Boleh Buat Apa”
BERITA TRENDING: Thamiera Chan Mengaku Terasa Dengan Komen Pedas Mas Idayu, Punca Pulang Lebih Awal – “Saya Artis Baharu Memang Terasa Tapi…”
Dalam pada itu, pelantun lagu Janji Manismu tersebut turut mengingatkan orang ramai supaya berhenti mengkritik mana-mana individu yang memainkan peranan dalam bidang berkenaan.
“Ini semuanya hiburan. Dia mesti ada drama sikit baru orang nak tengok program itu.
“Korang janganlah menambah dosa dengan komen-komen maki hamun sebab itu semuanya hanya hiburan,” tambahnya.
Sekadar info, penyanyi Mas Idayu sebelum ini teruk dikritik netizen selepas dirinya memberikan komen ‘pedas’ terhadap peserta program realiti.
Susulan itu, ramai yang menyifatkan penyanyi berkenaan sebagai seorang yang tidak layak bergelar juri kerana nyanyiannya yang disifatkan sekadar ‘biasa-biasa’.
Must-Watch Video