Viral
Aisar Khaled Tewas! Serahkan RM28,000 kepada Fadly Faisal Tapi Netizen Hidu Niat Sebenar
Pempengaruh, Aisar Khaled tewas di tangan selebriti Indonesia, Fadly Faisal ketika menentangnya di pertarungan Byon Combat Showbiz Volume 4 pada Sabtu.
Menerusi hantaran di Instagram, Aisar berkata impiannya untuk menentang Fadly sudah tercapai dan sudah cuba melakukan yang terbaik dalam pertarungan tersebut.
“Impian menjadi realiti.
“Minta maaf saya sudah lakukan yang terbaik, tahniah Fadly dan salam kenal Fuji,” kata Aisar.
Kerana kekalahan tersebut Aisar harus menunaikan janjinya untuk memberi wang sebanyak 100 Juta Rupiah (RM28,000) kepada Fadly serta keluarga.
Tinjauan Gempak di akaun TikTok Aisar pula, pempengaruh itu sempat bertanyakan kepada bapa Fadly dan Fuji adakah dia boleh melamar anak perempuannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menganggap bahawa Aisar serius dengan perlawan tersebut.
Dan ada juga yang beranggapan bahawa Aisar mahu bertarung dengan Fadly hanya kerana mahu berkenalan dengan adiknya iaitu Fuji.
“Baru kali ni lihat orang kalah tapi mukanya happy.
“Dia boxing cuman buat dapet Fuji.
“Gak papa kalah yg penting foto sama Fuji.
“Ini adalah tujuan utama Aisar khaled,” kata netizen.
Pertarungan tersebut telah berlangsung di Jakarta, Indonesia dan menyaksikan Fadly diangkat sebagai pemenang tali pinggang Influence Championship Boxing (ICB) antarabangsa pertama di Asia.
Must-Watch Video