,
Hiburan

Air Mata Elfira Loy Mengalir, Sebak Ramai Bantu buat Persiapan Untuk Tunai Haji - “Saya Tak Pernah Buat Video Menangis Macam Ini…”

Asyikin Mayudin
10/06/2024
08:55 MYT
Berangkat ke Tanah Suci, Mekah pada pagi ini, pelakon Elfira Loy mengakui dia masih dalam keadaan tidak percaya dirinya akan menunaikan haji.

Doa dimakbulkan

Menganggap ia satu nikmat yang tidak disangka, Elfira menerusi Instagram melahirkan rasa syukur apabila doanya selama ini dimakbulkan selain turut berterima kasih kepada Allah serta keluarga dan kenalan rapat.

“Mash lagi dalam keadaan tak percaya. Tapi inilah nikmat yang paling saya syukuri dan tak sangka Allah nak makbulkan doa saya yang hina ni. It happened within one week sahaja, Allahuakbar.

“Terima Kasih Allah Ya Rahman Ya Rahim.Terima kasih ibu bapa saya dan keluarga. Terima kasih kawan kawan semua yang rapat mahupun yang kenal saya dari jauh. Allahumma Barik… terima kasih atas doa kalian.

BERITA TRENDING: Nahas Rombongan Guru: Salah Seorang Mangsa Sempat Video Call Suami Sebelum Nahas

BERITA TRENDING: Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami
“Minta maaf kalau ada yang saya tak beritahu awal awal dan tak sempat jumpa sebab saya masih lagi terkejut dan dalam keadaan tak percaya,” kata Elfira.

Video Menangis

Dalam pada itu, Elfira turut memuat naik video pada malam tadi memperlihatkan dirinya tidak dapat menahan rasa sebak ramai orang yang membantunya dalam persiapkan untuk berangkat ke sana.
“Pertama kali saya cuba baju-baju yang orang bagi. Saya tak pernah buat video menangis macam ni tapi rasa terharu bila ramai sangat yang tolong siapkan baju, hantar tudung semua.
“Saya sangat tersentuh. Terima kasih sangat-sangat dekat semua orang yang banyak tolong saya. Saya rasa sebak sebab ini baju pertama yang saya cuba untuk packing baju haji saya,” ujarnya.
Rata-rata netizen turut mendoakan segala urusan dan perjalanan Elfira ke tanah suci, dipermudahkan.
BERITA TRENDING: Nagita Slavina Menangis Tinggal Anak 17 Hari Untuk Ke Tanah Suci
BERITA TRENDING: Siaran Khas Haji Di Astro Awani Tiga Kali Sehari!
BERITA TRENDING: 10 Awal Zulhijah Terkandung Semua Ibadah, Hari Paling Baik Dalam Setahun
BERITA TRENDING: Haram, Berdosa Tunai Haji Tanpa Visa Haji
BERITA TRENDING: Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Viral

Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

gempak
06/07/2024
18:39 MYT
Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai 'air berkah'.
Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

gempak
06/07/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.