,
Laman Utama

“Aina, Listen… Tak Perlu Ikut Haters Tu, Mereka Ni Semua Takkan Suka Kau Aina” - Ramli MS

Izwan Isa
30/10/2023
00:50 MYT
Maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS tampil memperbetulkan ‘salah sangka’ yang dinyatakan oleh penyanyi Aina Abdul terhadap kenyataan mengenai penyanyi perlu mempunyai album.
Ramli berkata, sebab utama dia mengutarakan tentang keperluan pembikinan album adalah disebabkan untuk kesenangan penyanyi itu, selain kelestariannya dalam industri muzik.
“Apabila saya mengatakan penyanyi perlu ada album, apa yang saya maksudkan adalah modul penghasilan single sebenarnya adalah satu modul yang tidak boleh digunapakai. Apabila penyanyi merakamkan album, ia sekali gus memberi jaminan kepada dirinya untuk tempoh mungkin 40 tahun akan datang.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Berbalut Dalam Plastik, Ini Simbolik Cover Albumnya!

“Contohnya, jika penyanyi rakam satu single setahun, dia perlu ambil masa 15 tahun untuk dapatkan 15 lagu. Sebaliknya, jika buat album, dia mungkin rakam 13 hingga 14 lagu untuk album itu dan memerlukan sekitar lima tahun untuk dapat 60 lagu. Dalam 60 lagu itu, mesti ada sekitar 15 lagu yang hits.
“Jadi 15 lagu ini yang akan menjamin kerjaya kamu pada masa akan datang. Tengok Shila Majid, Jamal Abdillah dan Ella, mereka sudah tidak merakamkan album sekarang… sebab mereka dah buat benda ni (rakam album) 30 tahun lepas.
“Dan apabila anda ada 15 buah lagu, konsert anda tidak akan pernah gagal,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Kerap Pakai Baju Pelik, Ibu Aina Abdul Pernah Cakap: “Dah Dah Lah”

Dalam masa sama, Ramli turut berpesan kepada Aina supaya belajar serba sedikit tentang bisnes muzik, selain menahan diri daripada ‘terkesan’ dek kata-kata tidak baik yang dilemparkan oleh haters.
Ramli juga meminta agar Aina sentiasa percaya diri dan tidak mendengar kata-kata momokan yang mungkin keluar daripada bayang-bayangnya sendiri.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Terpaksa Nyanyi Lagu Ciptaan Sendiri Gara-Gara...

“Bayang-bayang… jangan dengar. Sebab diri dia mungkin keliru, bayang-bayang dia mengatakan ‘kau gelakkan aku’. Tapi bayang-bayang tu milik dia. Perlu tegas, dan ingat yang dia bayar bil dan mencari rezeki.

BERITA TRENDING: “Cakap Saya Tak Tahu Agama”- Isu Busana & Sokong Kel Wen, Aina Abdul Tertekan Hingga Terpaksa Tutup Phone | Gempak

“Aina listen, haters tak akan positifkan kamu. Kamu buat baik atau tidak, mereka akan sentiasa negatif.
“Tak perlu ikut haters haters tu. Mereka ini semua takkan suka kau Aina, kau buatlah baik, kau dermalah kepada Palestin… itu pun mereka cakap nak menunjuk. Padahal kau ikhlas… thats haters. Benda ni kena kawal,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah

gempak
20/11/2024
04:55 MYT
Namun menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, peluang untuk mencipta nama dan dikenali oleh peminat luar negara adalah bergantung kepada rezeki.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara - “Saya Sangat Gembira Untuk Beliau”

gempak
16/11/2024
12:25 MYT
Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa bangga atas penganugerahan Biduanita Negara ke atas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Puas Sudah, Aura, Hening Rindu, Terus Bersinar Layak Ke AJL39! Jom Semak Senarai Penuh Peserta

gempak
15/11/2024
15:46 MYT
10 lagu yang menempatkan diri ke AJL39 adalah lagu Sengaja nyanyian Amir Masdi, Puas Sudah nyanyian Aina Abdul, Aura nyanyian Ernie Zakri, Terus Bersinar nyanyian Hafiz Suip.
Unitar