,
Hiburan

Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - “Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari”

Mya Amri
20/06/2024
02:30 MYT
Suami kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Aiman memaklumkan dia tidak kisah sekiranya ada yang menggelarkan dirinya sebagai a wedding breaker atau perosak perkahwinan.

Perosak perkahwinan

Menurut Aiman atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kisah, dia menganggap kecaman atau perlian yang diberikan netizen itu sebagai perkara biasa.
“Saya sudah sedia untuk dilabelkan seperti itu tetapi saya rasa saya berjalan dengan keadaan yang tiada apa-apa masalah selagi cincin belum dijari.
Best man win dan itu yang Siti nak semasa kami masih bersama dan dia pegang dengan perkara itu, the best man will win,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

BERITA TRENDING: "Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah

BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand!

Terpikat dengan cara Siti menjaga abang OKU

Ketika ditanya mengapa tetap memilih Siti sebagai isteri walaupun pernah ditolak sebanyak enam kali sebelum ini, Aiman mempunyai sebab tersendiri.
Kata Aiman, dia tersentuh melihat kebaikan Siti dan juga cara wanita itu menjaga abangnya yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU) dengan penuh kasih sayang.

“Sebab saya suka macam mana cara dia melayan abangnya yang juga merupakan seorang OKU.

“Bila lihat cara dia menjaga abangnya, jadi timbulnya satu rasa pada saya jika saya sakit atau jadi seperti abang dia, dia boleh jaga saya,” ujarnya.

Tiada istilah tinggalkan Siti

Bercerita mengenai detik perkahwinan mereka, Aiman mengakui hampir berputus asa selepas mengetahui Siti akan berkahwin dengan lelaki lain dalam masa empat hari.
Bagaimanapun, Aiman tidak berputus asa dan teruk memujuk wanita itu sehingga mereka akhirnya berjaya disatukan.
“Tiada istilah saya tinggalkan dia, ambil masa dua bulan juga untuk saya perbaiki hubungan dengan Siti, agak lama tapi dia masih putuskan untuk tak nak berjumpa dengan saya, itu dipanggil ego.
“Saya pun dah tak boleh nak buat apa pada ketika itu jadi saya kejar dia lagi. Masa dia ada orang lain pun saya masih hubungi dia, rindukan dia, kejar dia.

“Sebenarnya empat hari sebelum saya tahu dia nak berkahwin saya sudah pasrah. Saya kata okay dia sudah ada orang lain.

“Jadi kita tak boleh nak kacau, tapi masih ada orang sekeliling beritahu saya dalam keadaan yang positif.

“Mereka kata masih lagi ada peluang, selagi cincin belum dijari, teruskan usaha. Jadi saya cuba.

“Sebelum ini pernah ditolak sebanyak enam kali, bukan main-main itu perkara betul. Jadi saya doa dan usaha lagi.

“Saya tetap mencuba walau apa pun yang terjadi sebab saya faham percintaan yang sebenar bukanlah setakat saya sayang awak, saya rindu awak.

“Dia memerlukan pengorbanan, usaha dan segalanya untuk wanita yang dicintai. Sebagai lelaki, kita kena buat apa yang dia nak. Jadi saya buat apa yang dia nak dan hasil tidak mengkhianati saya,” jelasnya.
Terdahulu, Siti dijadualkan bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

23 Tahun Tak Sentuh Nasi, Pengantin Lelaki Minta Isteri Masak Western Hari-Hari - “Jangan Paksa Makan Nanti…”

gempak
12/11/2024
18:55 MYT
Menurut Ammar, dia tidak boleh dipaksa memakan nasi dan kali terakhir dia menjamah makanan ruji itu adalah pada usia lima tahun.
Hiburan

Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”

gempak
04/11/2024
23:55 MYT
Menurut pelantun lagu Memerang itu, jika setiap pasangan tidak telus mengenai diri masing-masing, mungkin akan memberi satu tekanan lain kepada mereka.
Hiburan

Ikmal Amry Akui Tiada Perkahwinan Sempurna, Pentingnya Komunikasi dalam Menyelesaikan Masalah - “Kita Lelaki Memang Ego Tinggi Tapi”

gempak
24/10/2024
09:55 MYT
Bagi Ikmal meskipun berdepan dengan dugaan dia lebih suka menyelesaikan masalahnya bersama isteri tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Gaya Hidup

#FinnancialFaiz: Dah Bersedia Untuk Kahwin? Ikuti Langkah Efektif Untuk Simpan Duit Bagi Majlis Impian Anda

gempak
19/10/2024
12:55 MYT
Ikuti beberapa langkah yang dikongsikan oleh pendidik kewangan, Finnancial Faiz.
Unitar