,
Laman Utama

Aidid Marcello Nekad Berhentikan Sekolah Anak-Anak, Hantar Ke Akademi Tahfiz Al-Quran - "Aku Jahil Sangat, Tapi Tak Nak Mereka ..."

Amri Hassan
15/11/2022
08:54 MYT
Personaliti televisyen popular Aidid Marcello dan isteri, Norzie Pak Wan Chek mengakui berdepan keputusan sukar apabila memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah rendah dan menengah untuk dihantar ke sekolah pendidikan agama.
Kata Aidid menerusi perkongsian di Instagram, dia enggan dituduh riyak namun mahu warganet menitipkan doa buat ketiga-tiga anak lelakinya, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf & Muhammad Ibrahim.
"Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riyak atau sombong, tapi sebab aku bangga dengan depa dan happy dengan panggilan ini.
"Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada @dilla_rayhanah & @ustazjohariabdulwahab kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.
"Kepada isteriku @norziepwc yang aku tahu, dia memang jenis yang firm, well research, korek segala info gila-gila dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak-anak dia.
"Tapi kali ni, kami tak tau macamana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati dan tenang memberhentikan anak-anak kami dari sekolah rendah & menengah, untuk masukkan mereka ke akademi ni. Mudah betul proses, tak sampai 3 hari semua proses berhenti dan kemasukan. MasyaAllah," tulisnya.

Hantar anak 25 kilometer

Biarpun jarak akademi tahfiz al-Quran itu lebih jauh berbanding sekolah lama anak-anaknya, Aidid akui teruja dan lebih gembira saban hari.
"Kita memang boleh rancang, tapi Dia (Allah) yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah depa 5 minit dari rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah traffic hantar sejauh 25km.
"Kepada yang baca ni, nawaitu aku sekadar nak share rasa happy sebagai ayah dan ibu. Dan aku juga nak share, jangan sekali-kali kita sangsi dengan apa yang Dia akan berikan kepada kita. Aku jahil sangat lagi, tapi aku tak nak anak-anak aku start lambat," tambahnya.

Akui jahil

Akui dirinya masih belum cukup ilmu agama, Aidid mengharapkan anak-anaknya dibimbing sebaik mungkin dan menempuh hari dengan ilmu penuh di dada.
Namun baik Aidid mahupun Norzie, mereka enggan menentukan masa depan anak-anak mereka kelak asalkan hidup dipimpin dengan ilmu agama yang secukupnya.
"Tentang masa depan mereka, insya-Allah harapan kami, biarlah depa nak jadi apa sekalipun lepas ni, asalkan Quran dah ada di dada.
"Aku mohon sangat, hampa yang sedang baca ni, doa dalam hati kejap, sebutkan nama depa. Semoga depa bertiga dapat menghafal Al-Quran dengan lancar dan tenang. InsyaAllah
"Maaf kalau ada terbunyi sombong atau riyak. Aku hanya seorang ayah yang masih jahil tapi terlalu gembira nak kongsikan pilihan perjalanan untuk anak-anak kami yang tak pernah kami fikir mampu kami lakukan.
"Moga-moga dengan perkongsian ni, ada juga kawan-kawan yang 50-50 atau sangsi tentang masa depan anak mereka, terus dapat keyakinan untuk register kan anak menghafaz Al-Quran, insyaAllah," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar