,
Laman Utama

Aibnya Perangai! Pengurusan Mohon Pengunjung Jangan Rembat Pokok Bunga Di Pesta Floria Putrajaya

Amri Hassan
08/09/2022
09:55 MYT
Memalukan! Itu antara reaksi segelintir pengguna media sosial merujuk kepada tindakan pengunjung yang tidak bertanggungjawab memetik dan mengambil bunga-bungaan di pesta Floria Putrajaya yang sedang berlangsung hingga 11 September ini.
Menerusi siaran yang dimuatnaik di Facebook rasmi Royal Floria Putrajaya, pihak pengurusan menasihati orang awam agar tidak 'mencuri' pokok-pokok yang dijadikan pameran di pesta yang bertempat di Anjung Floria, Putrajaya itu.
"Pengunjung Royal Floria Putrajaya adalah dimohon untuk tidak mengambil pokok-pokok bunga di Anjung Floria.
"Supaya pengunjung yang bakal datang sehingga 11 September 2022 turut berpeluang untuk menikmati keindahan dan kecantikan bunga-bungaan yang masih dipamerkan di Floria," tulis pengendali akaun berkenaan.
Hantaran terbabit mendapat perhatian warganet yang turut kecewa dengan akhlak dan tindakan memetingkan diri itu.
"Memalukan betul, dah bagi masuk percuma. Pergi rembat pula pokok-pokok itu.
"Sebab itulah semua benda atas muka bumi ini patut berbayar, biar ada rasa nak hargai tu.
"Apa bendalah. Minat bunga tapi mencuri. Sabarlah. Tunggu pengumuman kata boleh ambil, nak bawa lori pun tak apa. Bukan pihak Floria tak pernah bagi," tulis beberapa pengguna di media sosial.
Festival yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya yang sepatutnya berakhir pada hujung minggu lalu telah dilanjutkan sehingga 11 September berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Bertemakan Floria Hebat dengan orkid sebagai bunga tema, edisi terkini festival itu menghimpunkan kira-kira 10,000 orkid yang dipamerkan dengan lebih daripada 400,000 pokok pelbagai spesies.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.