,
Berita

Ahli Silap Mata Dari Negara Asia Bakal Rebut Hadiah AS$1 Juta

Elrafaei Sapi
13/09/2018
13:37 MYT
Jika kerjaya ahli silap mata sebelum ini sekadar membuat persembahan pentas tapi siapa sangka nasib mungkin menyebelahi Shin Lim untuk menang hadiah wang tunai sebanyak AS$1 juta menerusi program America's Got Talent.
Ahli silap mata profesional dari Singapura itu antara peserta yang layak bertanding ke peringkat akhir program tersebut tidak lama lagi.
Berasal dari Kanada tapi dibesarkan di Singapura, Lim pernah menyimpan cita-cita mahu menjadi pemain piano terkenal sehingga pada usia 12 tahun dia disahkan mengidap sindrom 'carpal tunnel' yang berkaitan pada sakit nadi pada pergelangan tangan.
Lim yang kecewa dengan keadaan itu mengambil keputusan terbabit dalam bidang magik sebagai kerjaya.
Dia pernah menyertai International Federation of Magic Societies pada tahun 2012 sebelum menarik perhatian agen di sana yang membawanya mengadakan persembahan jelajah merentasi China.
Lim masuk pertandingan sama sekali lagi pada tahun 2015 sebelum menang International Federation of Magic Societies World Championship untuk kategori 'Close-up Card Magic'.
Menariknya, Lim mara ke final America's Got Talent selepas juri, Heidi Klum menyatakan ahli silap mata itu bakal mencipta nama besar dalam bidang silap mata.
Lim bakal beraksi dalam program tersebut yang akan disiarkan menerusi AXN (saluran 701 dan 721) pada 16 September ini, jam 6 petang dan 8 malam.
Keputusan pemenang secara langsung akan diumumkan pada 17 September, jam 6 petang dan 8 malam.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Sony Pictures Television Networks & IG @heidiklum
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Anak Tegur Sikap Buruk Heidi Klum Sering Berbogel Di Rumah

gempak
29/09/2023
14:58 MYT
Supermodel Heidi Klum membuat pengakuan dirinya berasa sangat selesa tanpa memakai seurat benang atau berbogel sewaktu di rumah.
Laman Utama

Simon Cowell Suka Suara Cakra Khan, Tapi Hentikan Nyanyiannya Di AGT

gempak
20/07/2023
01:40 MYT
Cakra Khan pula telah menarik minat Cowell.
Laman Utama

Simon Cowell Pun Beri Golden Buzzer! Penyanyi Cacat Penglihatan, Putri Ariani Tarik Perhatian Heidi Klum & Dr Noor Hisham

gempak
08/06/2023
15:45 MYT
Power betul suara Putri ni.
Laman Utama

Peserta Lain Sibuk Latihan, Cakra Khan Fokus Makan Hilangkan Gementar Sewaktu Ikut America’s Got Talent

gempak
10/05/2023
11:35 MYT
Cakra Khan menceritakan pengalamannya menyertai ujibakat pertandingan realiti popular dunia, America’s Got Talent.
Laman Utama

Tak Mainlah Beshe-Beshe, Heidi Klum Jadi Cacing Dalam Pesta Halloween

gempak
03/11/2022
05:55 MYT
Heidi Klum jadi cacing!