,
Laman Utama

Agih Tuala Wanita Tepi Jalan Memalukan, Tony Eusoff: "Mak Kau Tak Ajar Dari Kecil Ke?"

Amri Hassan
11/03/2021
04:20 MYT
Pelakon Tony Eusoff bengang dengan sikap pengguna laman sosial Facebook yang menganggap tuala wanita objek yang memalukan.
Menerusi ciapan di Twitter, Tony menyelar tindakan tidak beradab segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fahaman bersifat seksis.
"Yang terpaling bangang di antara yang bangang-bangang. Saya sebagai lelaki tak ada pun masalah dengan tuala wanita.
"Dari kecil sampai besar dah biasa kut dengan lumrah alam berdarah sebulan sekali. Takkan nak pertikaikan design Tuhan? Apa yang nak malunya?
"Baru je sambut Hari Wanita Sedunia tapi ada lagi yang kata tuala wanita ni memalukan. Memalukan siapa sebenarnya? Mak kau tak ajar dari kecik ke?" tulis Tony.
Sebelum ini tular laman kumpulan politik di Facebook yang mengkritik program anjuran sebuah perwakilan wanita di Johor yang mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan.
"Sambut Hari Wanita bagi #modes tepi jalan ke? Mana maruah kau? Mana Melayu kau?
"Kalau kau pergi beli kat kedai pun selalunya taukey kedai akan masukkan dalam plastik hitam sebab nak jaga maruah orang yang beli tu, tapi korang ni dah macam maklang!" tulis akaun terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.