,
Laman Utama

Afdlin Shauki Menitiskan Air Mata Saat Anwar Diangkat Sebagai PM Ke-10

Izwan Isa
24/11/2022
12:55 MYT
Penerbit, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan yang beliau menitiskan air mata sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 sebentar tadi.
Afdlin berkata, penantiannya serta rakyat Malaysia selama beberapa ini akhirnya terjawab dengan pelantikan tersebut.
“Sebenarnya saya hampir tidak datang ke majlis ini jika mendapat berita yang tidak gembira. Tapi apa pun semuanya kini telah pun terjawab.
“Syukur alhamdulillah, bila kawan-kawan call kata kita dah berjaya, saya terus menitiskan air mata. Apa yang kita raih ini bukan untuk kita sahaja, tapi untuk beliau sendiri yang sudah berjuang begitu lama sampai pernah dipenjarakan,” ujarnya.
Afdlin berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis Viu Upfront 2023 yang berlangsung di ibu kota pada petang tadi.
Sementara itu, Afdlin memberitahu, Anwar yang juga Presiden Pakatan Harapan itu perlu diberi sedikit masa terutama sekali dalam usaha memulihkan ekonomi negara.
“Paling utama, sudah tentu kita berharap ekonomi negara akan pulih, tetapi tidaklah ia akan berlaku hanya dalam tempoh satu malam sahaja.
“Lagipun semuanya ini ada prosesnya dan kita semua perlu bersabar seperti beliau yang dah bertahun-tahun berjuang agar negara menuju ke arah kebaikan,” jelasnya.
Pada masa sama, bercakap mengenai dunia seni, Afdlin menyatakan agar artis-artis yang menyokong parti berlainan tidak disekat oleh kerajaan.
Ujarnya, setiap individu itu mempunyai hak masing-masing untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan politik.
“Pada saya dalam seni tidak ada politik. Kalau ada anak-anak seni nak sokong pihak lain sekalipun, mereka seharusnya tidak di banned. Politik adalah politik…. kerja adalah kerja.
“Sokongan politik itu hak peribadi sebab apapun kita rakyat Malaysia. Kalau ada anak seni yang nak berpolitik itu terpulang, tetapi dalam berkarya kita harus bersatu tanpa mengira mana-mana parti,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Filem

Baik Punya Ah Long: “Jozan ‘Kepala’ Paling Sesuai Lakonkan Filem Ini” – Datuk Afdlin Shauki

gempak
06/09/2024
08:55 MYT
Pengarah dan pelakon dalam filem Baik Punya Ah Long filem, Datuk Afdlin Shauki berkongsi pemilihan gabungan dua pelawak hebat, Jozan sebagai hero adalah tepat untuk naskhah ini.
Terkini

Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

gempak
23/08/2024
04:55 MYT
Selama 19 tahun bergelumang sebagai pengarah filem, karya hasil Afdlin Shauki pasti memberikan hiburan kepada para penonton.
Berita

PMX Kesal Usaha Murni Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia Dikritik

gempak
18/08/2024
02:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa amat kesal dan sedih susulan sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.