,
Laman Utama

Ady Wow Negatif COVID 19, Isteri & Anak Positif, Ady Jaga Anak Di Hospital

Azwa Rahman
09/11/2020
09:39 MYT
Penyanyi kumpulan era 1990-an, Ady Wow, 53, bersyukur apabila mendapati hasil keputusan ujian swab COVID-19 miliknya negatif.
Namun, isterinya Fadizah Jiran dan anak bongsu mereka, Nurhadira, 8, disahkan positif virus tersebut.
Menurut Ady, doktor mengesahkan keputusan negatif itu seawal jam 6.30 pagi tadi dan dia kini dibenarkan untuk menjaga anaknya di wad kanak-kanak.
“Alhamdulillah keputusan saya negatif, saya amat bersyukur. Ini memberi saya peluang untuk menjaga anak saya. Anak bongsu saya kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Lintas sementara isteri pula di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.
“Kami dibenarkan duduk bersama cuma katil sahaja berlainan. Penjaga juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Bercerita lebih lanjut, Ady mengatakan tidak menyangka isteri dan anaknya terkena jangkitan Covid 19 memandangkan mereka sekeluarga tidak keluar dari rumah dan menjaga pergaulan.
Tambah Ady lagi, keadaan isterinya kini agak teruk memandangkan dia turut disahkan mengalami masalah jangkitan paru-paru selepas positif COVID-19.
“Dia dimasukkan ke hospital pada 3 November lalu sehingga ke hari ini saya lihat dia lemah, selalu semput dan tidur sahaja.
“Setiap masa saya menelefon isteri untuk bertanyakan khabar. Ada masa dia tak angkat panggilan, ada kalanya saya dengar suara dia semput.
“Anak bongsu saya pula tidak menunjukkan sebarang simptom demam atau batuk. Dia kelihatan seperti kanak-kanak normal. Harapan saya agar isteri dan anak cepat sembuh dan boleh pulang ke rumah,” ujarnya lagi.
Ady juga sempat menitipkan pesan agar masyarakat jangan panik dan terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ady kini aktif menguruskan perniagaan di Sabah dan masih menyanyi sekiranya ada undangan mengadakan persembahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.