Sukan

Adli Goldenboy Puji Aisar Khaled Sahut Cabaran Lawan Fadly, Umum Bakal Bertarung Tahun Depan Tebus Kekalahan – “Level Macam Tu Level Saya Main Atas Ring”

gempak
Khairil Khusyairi
12/12/2024
09:50 MYT
Sponsor Banner
Adli Goldenboy Puji Aisar Khaled Sahut Cabaran Lawan Fadly, Umum Bakal Bertarung Tahun Depan Tebus Kekalahan – “Level Macam Tu Level Saya Main Atas Ring”
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy memberi reaksi terhadap perlawanan tinju diantara pempengaruh, Aisar Khaled dan selebriti Indonesia, Fadly Faisal tempoh hari.

Berani Sahut Cabaran

Menurut Adli, dia menyifatkan Aisar sangat berani menyahut cabaran tersebut biarpun tewas dalam pertarungan Byon Combat Showbiz Volume 4 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
“Mereka ini mempunyai passer untuk berlatih dan membuat persediaan namun mungkin pada waktu tersebut persiapan lengkap tak cukup. Jadi mereka terima perlawanan tersebut.

“Saya ucapkan tahniah juga kerana mereka ambil cabaran ini, tak semua orang mampu bertinju dalam ring di tengah penonton yang ramai.

“Susah nak mengawal emosi dan perasaan, level sebegitu dah macam level saya dah main atas ring tapi saya ucapkan tahniah but you must comeback more stronger,” katanya kepada Gempak.

Tebus Kekalahan Tahun Depan

Dalam pada itu, Adli turut memaklumkan dia akan menganjurkan satu perlawanan tinju di Malaysia pada tahun depan.

“Tidak mengapa 2025 kita akan buat kembali di Malaysia.

“Suatu hari nanti pun, dah tiba masanya untuk saya bagi peluang kepada generasi baharu saya untuk berlawan.

“Bila saya tengok perlawanan mereka, saya rasa macam tak mengapa, relaks dulu, biar old generation pula settle kan,” kongsinya yang juga seorang Penolong Pengarah Kastam Bahagian Cukai Dalam Negeri Johor itu.

Ramai Mahu Belajar Tinju

Lebih 20 tahun bergelar atlet tinju, Adli mengakui banyak menerima mesej langsung (DM) daripada pengguna media sosial untuk mempelajari sukan tinju.

“Banyak saya terima DM daripada orang ramai untuk belajar, bagus bila ada kesedaran. Ada yang marah, geram bila tengok perlawan tersebut.

“Bagus sebenarnya, pendedahan kepada semua. Kita perlu cari tempat yang sesuai untk belajar.

“Semua orang boleh jadi fighter, tapi sampai bila dia boleh bertahan. Seperti naik atas ring lawan 3 round tapi penat dia macam 10 round.

“Jadi, mindset sangat penting. Teruskan minat anda,” ujarnya positif.
Adli mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Tinju Antarabangsa Rise of Legends di Thailand baru-baru ini.
Adli juga merupakan juara kategori super middleweight Kejohanan Tinju Profesional Antarabangsa Majlis Tinju Asia (WBC) Championship 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024