,
Hiburan

Adira Nekad Berpisah, Suami Terpaksa Reda - “Bukan Dugaan Tapi Balasan Terhadap Apa Yang Saya Lakukan Dahulu”

Asyikin Mayudin
05/03/2024
01:32 MYT
Suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan atau Datuk Red memberitahu dia sebolehnya enggan bercerai dengan isterinya memandangkan mereka sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun.

BERITA TRENDING: Adira Failkan Cerai Kali Kedua, Hakim Tegur Datuk Red Sengaja Lengahkan Kes!

Adnan ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, berkata dia sudah berusaha untuk memujuk isterinya namun perpisahan juga menjadi kata putus.
“Saya kahwin lapan tahun lalu bukan untuk cerai, anak pun dah empat. Orang lain boleh cakap apa nak cakap, sebab mereka tak lalui. Saya fikir ini pengorbanan saya ini bukan untuk saya tapi untuk anak-anak.
“Bila mereka tonton video ini, saya berkorban semua ini untuk mereka. Pujuk memujuk itu biasa la memang ada. Tapi perempuan ini kalau marah macam itu. Saya dah cuba tapi bila dah sampai tahap begini, sudah habis berusaha,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Adnan menganggap apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka merupakan balasan atas perbuatannya yang lampau.
“Mungkin ini bukan dugaan saya tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu. Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus pada keluarga.
“Dah ditakdirkan begitu, saya terima saja. Tapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang untuk keluarga,” ujarnya.
Sementara itu, Adira memohon doa agar proses perceraian mereka dapat diselesaikan dengan cepat.
“Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat,” kata Adira yang nekad untuk bercerai.
Adira hadir ditemani peguam syarie iaitu Nor Saidah Zakaria.
Hari ini merupakan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.
Datuk Red telah melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) manakala Adira selaku plaintif telah melantik kakaknya Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.
Dalam proses itu wakil pihak masing-masing akan memberi nasihat untuk mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.
Untuk rekod, sebelum ini Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

PILIHAN PEMBACA: 8 Tahun Bermadu, Adira Suhaimi Mahu Jalani Kehidupan Berpoligami Dengan Tenang - “Bahagian…

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.