Laman Utama
Adira Akhirnya ‘Tutup Kilang’, Cukup 4 Saja - “Saya Terpaksa Juga Ikat Peranakan Atas Sebab…”
Atas nasihat doktor, penyanyi Adira Suhaimi mengambil keputusan mengikat peranakannya iaitu kaedah menghalang dari berlakunya persenyawaan di antara benih telur dan sperma.
Pendekatan menggunakan kaedah alternatif itu diambil selepas dia melahirkan cahaya mata keempatnya secara pembedahan pada 29 September lalu.
“Jika diikutkan hukum kaedah itu tak boleh, namun saya terpaksa juga ikat peranakan atas sebab perubatan dan nasihat doktor juga. kalau saya hamil lagi, ia boleh memudaratkan kesihatan.
“Memandangkan saya sudah empat kali melahirkan anak dengan kaedah pembedahan, jadi berisiko untuk pada masa akan datang. Jadi saya mengambil pendekatan untuk mengikut saranan doktor.
“Alhamdulillah… Saya sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki yang melengkapi rumah tangga saya. Jadi saya bersyukur dengan rezeki dan kurniaanNya,” kata Adira kepada Gempak.
Penyanyi lagu Takdir Tercipta itu ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sebelum ini juga, pelatun lagu Ombak Rindu itu pernah meluahkan hasrat untuk 'menutup kilang' selepas kelahiran cahaya mata keempatnya.
Kehamilan itu juga membuktikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun hubungan pasangan tersebut pernah dilaporkan berantakan.
“Apa yang penting ketika ini adalah anak-anak dan saya memilih untuk menepikan segala perkara negatif lain. Pengalaman dan cabaran hidup memang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa.
“Saya juga lebih matang dalam segala aspek terutama tindakan dan sebagainya. Buang segala yang negatif, fokus saya hanyalah untuk perkara yang positif,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayoub.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video