,
Laman Utama

Adinia Wirasti Dedah Perbezaan Antara Siri Mendua Dengan Doctor Foster, The World Of The Married

Izwan Isa
25/12/2022
14:50 MYT

Pelakon Adinia Wirasti menjelaskan, drama Mendua yang diadaptasi daripada judul popular Doctor Foster mempunyai kelainan yang tersendiri.

Sungguhpun jalan cerita dan plotnya serupa, namun, masih ada akar dan unsur-unsur budaya Indonesia diterapkan dalam siri berkenaan.
“Apa yang membezakan siri ini dengan siri asal adalah budaya atau pelajaran yang dia (watak Doktor Sekar) dapat daripada orang tuanya.
“Sebab watak yang asal orang Inggeris, satu lagi Korea (The World of the Married) dan satu lagi orang Indonesia. Masing-masing punya cara mendewasa yang berbeza-beza,” katanya kepada Gempak.
Adinia ditemui pada acara Disney Content Showcase yang diadakan di Marina Bay Sands, Singapura baru-baru ini.
Dalam pada itu, Adini berkata, ada budaya Indonesia yang cukup kuat dalam mempengaruhi pembentukan watak Doktor Sekar dalam siri ini.
“Setiap watak berada di kota atau bandar yang berbeza dan tentulah cara up-bringingnya berbeza. Justeru, Mendua memang fokusnya mereka yang tinggal di Indonesia, khususnya Jakarta.
Mendua mengisahkan tentang perjalanan Sekar, seorang wanita yang hidup bahagia dalam perkahwinannya selama 15 tahun. Begitupun, kehidupan harmoni Sekar terganggu dek urusan perselingkuhan suaminya.
Berawal daripada kecurigaan semata, rasa itu kemudian mendorong Sekar menuju kisah yang tidak terduga.
Selain Adinia Wirasti, Mendua turut dibintangi oleh Chicco Jerikho, dan Tatjana Saphira, Mendua sudah boleh mula distrim di Disney+ Hotstar bermula 17 Desember 2022.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Konflik Keluarga, Rampasan Kuasa Menggelegakkan The Impossible Heir!

gempak
10/03/2024
15:55 MYT
Apa yang seseorang itu sanggup lakukan jika dia mengetahui bahawa dirinya merupakan seorang anak luar nikah kepada konglomerat Korea?
Hiburan

Kaki K-Drama? Ini 7 Program Dari Korea Yang Anda Perlu Nantikan Sepanjang 2024 Di Disney+ Hotstar!

gempak
21/02/2024
11:55 MYT
Program-program tersebut termasuklah Blood Free, Unmasked, The Tyrant, Gangnam B-Side, The Zone: Survival Mission Musim Ketiga, Uncle Samsik dan Light Shop
Laman Utama

Disney+ Hotstar Umum Deretan Drama Korea Sepanjang 2023, Dengan Connect & Big Bet Antara Yang Boleh Distrim Bermula Disember

gempak
03/12/2022
05:50 MYT
Menarik!
Laman Utama

Suki Low, Liana Jacklon & Khaireel Akasha Kongsi Pengalaman Jadi Alih Suara Animasi Pinocchio Versi Bahasa Melayu

gempak
26/09/2022
13:55 MYT
Animasi Pinocchio tampil versi Bahasa Melayu.
Artis Korea

Seronoknya! Army Kini Boleh Layan Konsert BTS Di Disney+ Hotstar!

gempak
11/09/2022
06:11 MYT
Army! Let's get it!