,
Viral

'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

Gempak
01/09/2024
06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Amir Syahmi Manat, 23, yang berhadapan dua pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

BERITA TRENDING: “Tak Sangka, Muka Nampak Baik” - Peminat Terkejut Taeil Terlibat Kes Jenayah Seksual, SM Entertainment Terus Umum Keluar NCT

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap muridnya berusia lapan tahun di sebuah pusat mengaji, di Batu Pahat, pada jam 6.30 petang, 21 Ogos lalu.
Untuk kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Adik jadi saksi

Berdasarkan laporan dibuat, kejadian berlaku ketika mangsa bersama adik perempuan berusia enam tahun mengaji di pusat terbabit.
Ketika itu, terdapat tiga murid termasuk seorang lelaki namun tertuduh memintanya pulang ke rumah dahulu sebelum meninggalkan dua beradik berkenaan.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke dalam bilik air yang mana ia turut disaksikan adiknya.
Bagaimanapun, tertuduh tidak membenarkan adik mangsa masuk dalam bilik air sebalik memintanya menunggu di luar.

Sewaktu di luar, adiknya terdengar suara kakaknya berkata 'tak nak' dari dalam bilik air sebelum dia keluar bersama tertuduh.

Adik mangsa kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sambil menangis sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Sri Gading, pada hari kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk mengenakan ikat jamin tertinggi terhadap tertuduh serta menetapkan dua syarat.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 8 Oktober ini untuk serahan dokumen.
Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Yong Peng setiap awal bulan serta tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga prosiding selesai.

BERITA TRENDING: Bapa Dua Anak Didakwa Raba Punggung Rakan Sekerja

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Gusti Mesir Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Serangan Seksual

BERITA TRENDING: Dapat Mesej Lucah, Ara Johari Tak Anggap Penampilan Feminin Punca Gangguan Seksual

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar