,
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

Gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Syarikat gergasi pakaian sukan berpangkalan di Jerman itu, baru-baru ini, melancarkan semula SL72, yang pertama kali dipamerkan oleh atlet pada Olimpik Munich 1972, sebagai sebahagian daripada siri menghidupkan semula kasut klasik lama.
Sebelas atlet Israel dan seorang pegawai polis Jerman terbunuh pada Olimpik Munich 1972 selepas lelaki bersenjata dari kumpulan Black September Palestin menceroboh perkampungan Olimpik dan menjadikan mereka tebusan.
Hadid, yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) lantang menyuarakan sokongannya terhadap hak Palestin sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober mencetuskan perang di Gaza.

BERITA TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

BERITA TRENDING: Tidak Digugurkan, Kontrak Bella Hadid Dengan Dior Tamat Mac Tahun Lalu

BERITA TRENDING: Netizen Berang Dior Pecat Bella Hadid, Gantikan Dengan Model Isr*** May Tager!

BERITA TRENDING: Lantang Bersuara Isu Palestin, Bella Hadid & Keluarga Terima Ugutan Bunuh!

Adidas berkata, ia akan menyemak kempen itu berkuat kuasa serta-merta.
"Kami sedar bahawa hubungan dibuat dengan peristiwa bersejarah yang tragis walaupun ini sama sekali tidak disengajakan dan kami memohon maaf atas sebarang kekecewaan atau kesulitan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP pada Jumaat.
Jurucakap wanita mengesahkan bahawa Hadid digugurkan daripada kempen itu, yang menyatakan bahawa kasut itu mula diperkenalkan pada 1972 tetapi tidak pernah menyebut serangan pengganas ke atas atlet Israel.
Gambar model AS yang memakai kasut retro Adidas menimbulkan bantahan dalam kalangan kumpulan pro-Israel.
"Teka siapa wajah kempen itu? Bella Hadid, seorang model berdarah kacukan Palestin yang menyebarkan anti-Semitisme pada masa lalu dan menghasut keganasan terhadap Israel dan Yahudi," ciap kedutaan Israel di Jerman di X pada Khamis lalu.
"Bagaimanakah Adidas kini boleh mendakwa bahawa rujukan (kepada peristiwa di Munich) adalah 'sama sekali tidak disengajakan'?" kata Ron Prosor, duta Israel ke Jerman, sebagai tindak balas kepada kenyataan syarikat itu.
"Keganasan 1972 terpahat dalam ingatan rakyat Jerman dan Israel," katanya kepada Die Welt TV pada hari Jumaat.
Sementara itu, netizen menyatakan sokongan kepada Hadid, mengecam Adidas kerana menggugurkan Hadid daripada kempen itu, dan menyeru supaya syarikat itu diboikot.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Sukan

Cheah Liek Hou Rancang Guna Insentif RM1 Juta Bantu Bekas Atlet Kurang Bernasib Baik - "Tiga Tahun Lepas Saya Sudah ..."

gempak
12/09/2024
09:50 MYT
Atlet berusia 36 tahun berkata selain mahu membantu mereka yang memerlukan beliau juga akan menyumbang sebahagian daripada hadiah kemenangan itu untuk membantu bekas atlet yang kurang bernasib baik.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.