,
Hiburan

Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood

Amri Hassan
30/06/2024
06:38 MYT
Pengarah filem Arjin Uppal mengakui salah satu sebab membikin filem aksi Punjabi Malaysia berjudul Saazish demi mengetengahkan budaya dan bahasa Punjabi kepada generasi muda.
Jelas Arjin, Saazish yang bermaksud konspirasi adalah dengan gabungan barisan pelakon berbangsa Punjabi dan Melayu selain penggunaan pelbagai bahasa yang menunjukkan diversiti dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Ini kali pertama saya buat filem Punjabi. Sebelum ni lebih kurang 10 tahun lepas memang dah ada idea nak buat filem Punjabi tapi agak susah sebab penonton tak ramai (populasi Punjabi di Malaysia sedikit) dan bajet pula bukannya sikit.
"Bukan senang nak dapatkan pelakon yang boleh berbahasa Punjabi, bersetuju dari segi bajet, komitmen dan sebagainya. Ada juga pelakon dalam ni adalah kenalan saya dan yang pernah bekerja dengan kami.

"Majoriti pelakon dalam filem Saazish adalah influencer dan pelakon baharu. Kami nak beri peluang kepada muka baharu dan ramai dalam ni tak pernah berlakon dan ini merupakan kemunculan pertama mereka," katanya.

BERITA TRENDING: Sanjna Suri Sedia Lakonkan Watak Wanita Muslim, Berhijab - "Saya Membesar Pun Dalam Kalangan Orang Islam"

BERITA TRENDING: Penerbit Saman Miss Universe Harnaaz Sandhu - "Dia Tak Peduli Pasal Filem Punjabi, Fokusnya Bollywood"

Arjin juga akui terpaksa bersaing dengan filem-filem Bollywood yang menampilkan barisan pelakon yang hebat selain mempunyai bajet dan pemasaran yang agak besar.
"Bila nak komersialkan, kami cuba tambah beberapa babak dan masukkan pelakon Melayu supaya dapat lebih ramai penonton. Kiranya satu Malaysia," tambahnya.
Filem Saazish terbitan Sri Saheb Production Sdn Bhd dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur dan Datuk Adi Putra bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Julai ini.

BERITA TRENDING: Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"

BERITA TRENDING: [VIDEO] FFM32: Menang Pelakon Lelaki Terbaik, Adi Putra Dedikasi Ucapan Dari Makkah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.