,
Laman Utama

“Adakah Saya Kena Scam?” – Tak Beli Online Tapi Mila Jirin Terima Bungkusan

Asyikin Mayudin
03/09/2023
12:55 MYT
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin terkejut apabila terdapat parcel di pejabat rumahnya yang disertakan dengan maklumat peribadinya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Mila berkata dia tidak membuat sebarang pembelian secara atas talian yang memerlukan COD atau Cash On Delivery.
“Tak tahu benda ini lama ke baru, tapi saya tertanya-tanya adakah saya kena scam? Cerita dia, saya balik rumah dan terima satu parcel yang letak dekat ruang pejabat rumah saya.
“Bila saya naik ke pejabat saya itu, saya tengok ‘eh kenapa ada parcel?’ sebab saya tak beli apa-apa. Saya tengok dekat parcel, ada nama saya, maklumat semua betul dan pembelian secara COD.
“Saya tak pernah beli barang COD, fasal tak suka nanti menganggu orang lain nak kena bayar dulu. Bila saya buka parcel tersebut, lagi sekali saya terfikir apa yang saya beli,” kongsinya.
Kongsi Mila lagi, dia berasa bimbang untuk menghubungi nombor telefon penjual yang disertakan di parcel itu kerana berkemungkinan ‘scammer’.
“Minyak wangi fabrik, botol kecil… bila pula saya beli ini. Saya terus periksa data yang dekat parcel. Sebab saya guna nama berbeza-beza setiap akaun di laman sesawang pembelian online.
“Saya tahu nama itu saya gunakan di TikTok saja. Saya macam ‘eh ini data saya di TikTok, macam mana pula saya tak beli apa-apa tapi ada barang sampai’.
“Saya periksa TikTok pun tak ada beli apa-apa. Adakah ini scam terbaharu? Orang nak jual barang macam ini, hantar terus ke rumah COD, yang terima tak tahu terus bayar.
“Jadi, kita pun terbeli la dalam keadaan tak sedar, tanpa paksaan. Ada number penjual itu, tapi saya nak hubungi jadi takut… takut scammer,” katanya.
Mila turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya di laman sosial yang gemar membeli barangan secara talian agar lebih berhati-hati.
BACA SINi: Lama Menyepi, Akhirnya Mila Jirin Bertemu Nonny Nadirah Setelah Tiga Tahun - “Saya Jumpa Dengan Seseorang Yang…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Viral

Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi

gempak
01/08/2024
05:55 MYT
Aktiviti penipuan secara atas talian bukanlah satu jenayah yang baru berlaku dalam negara ini.
Hiburan

Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”

gempak
23/07/2024
05:50 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berdepan detik cemas apabila pemandu keretanya terpaksa menghentikan kenderaan yang dinaiki secara mengejut di pertengahan lebuh raya akibat tayar pecah.
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Hiburan

Selepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Kongsi Video Menari Berkemban Pula?

gempak
09/07/2024
01:25 MYT
Lagi sekali nama pelakon Nonny Nadirah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila aktres itu mencetuskan kontroversi dengan memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.