HIBURAN
“Adakah Dia Tidak Pernah Melihat Payud*ra Sepanjang Hidupnya?” - Leona Ulas Isu Terima Komen Lucah
Personaliti media sosial, Leona tampil mengulas mengenai isu menerima komen berbaur lucah daripada seorang lelaki baru-baru ini sehingga melibatkan penyalahgunaan identiti individu lain.
Menurut Leona, perkara itu mula mendapat perhatian selepas ramai pengikutnya tampil memberikan sokongan dan simpati terhadap gangguan yang diterimanya menerusi platform TikTok.
“Saya bukan jenis membaca komen netizen tetapi ada satu komen yang menarik perhatian ramai iaitu daripada seorang lelaki yang bercakap tentang perkara lucah.
“Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya ialah, adakah dia tidak pernah melihat payudara sepanjang hidupnya?” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.
Bagaimanapun, Leona atau nama sebenarnya, Kasih Iris Leona menegaskan dia tidak mahu netizen membalas dengan cara membuli semula individu terbabit.
“Selalunya bila dapat komen negatif, saya hanya balas dalam hati. Cuma, kita perlu ‘moving forward’ dan jangan buli orang.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini, tetapi kita tak perlu beri perhatian kepada golongan seperti itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu turut menyatakan bahawa dia masih boleh memaafkan individu terbabit, namun mengingatkan bahawa tidak semua orang mampu bersikap sedemikian.
“Awak tahu perkara itu salah, tetapi kenapa masih buat juga? Tak takut dosa ke?
“Saya boleh maafkan awak, tetapi orang lain mungkin tidak. Awak akan masuk neraka, jadi jadilah individu yang lebih baik,” katanya.
Must-Watch Video