,
Hiburan

"Ada Yang Tak Nak Ambil Saya Berlakon Kerana Rupa Paras Saya" - Jay Iswazir

Kamaruddin Razal
04/11/2018
21:48 MYT
Pelakon Jay Iswazir mendedahkan dirinya pernah dipandang rendah kerana rupa parasnya.
Tidak pernah berputus asa, akhirnya Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 baru-baru ini menerusi telefilem Aku Nazmi.
"Saya bermula dengan pelakon tambahan. Tapi ketika itu pun, orang tak pandang saya kerana wajah saya. Ada yang tak nak ambil saya berlakon kerana rupa paras saya.
"Saya tak pernah mendapat sokongan kerana wajah saya. Sampai sekarang saya rasa tak yakin kerana memikul rasa rendah diri terlalu lama, semuanya kerana wajah saya.
"Saya juga rasa malu dengan Tuhan kerana sebelum ini, saya pernah beberapa kali mengeluh apabila menghadapi pelbagai cabaran tetapi akhirnya, saya dapat menggenggam trofi ini. Alkhamdulillah, Tuhan itu maha adil," katanya
Jay berjaya menewaskan Eman Manan (Kasih Seorang Ayah), Jalil Hamid (Cucu Atuk), Redza Rosli (Fatonah Azali) dan Datuk Rosyam Nor (Pendosa Ingin Ke Syurga).

Alhamdulillah .. segala puji bagi Allah... di atas kemenangan ini.. Terima kasih mak melahirkan Jay.. terima kasih Ayah .. terima kasih adik beradik.. kerana sokong kerjaya jay.. Jutaan terima kasih pada @jspictures_js terutama pada sis @sheilarusly_jspictures dan abang @jinggo_jspictures kerana beri peluang dan percaya pada jay utk realisasi keindahan cerita #akunazmi .. terima kasih banyak.. tidak lupa juga rakan lakon lain @aydajebat @dayanaroza @noralbaniah @fathishafie Abang Kamal Bakar Dan yang lain .. juga team #akunazmi... korang semua awesome??? Oh yaa.. terima kasih juga org yg menemukan dan menyakinkan bakat jay pada sis.. iaitu abang @azhan_rani .. jasa abang jay kenang sampai bila2... Kepada @nazmioficial .. ko jay anggap sebagai pahlawan.. tidak pernah rasa putus asa .. semoga ko berjaya dapat apa yang ko kejar selama ini ?????keep it up bro ?. Terima kasih #anugerahskrin2018 dan @mediaprimabhd Kepada kamu kamu yg penting dalam hidup jay.. terima kasih sentiasa ada bersama jay? Malam ini malam terindah selama 10 tahun jay dalam Industri ini.. Syukur Alhamdulillah ...Apajua #styleriang✌️? Outfit : @bonzainal3003 Terima kasih utk outfit yang awesome ni #bonzainalgentlemenwear Hairdo : @theroyalsignature Tanx a lot ??????

A post shared by Ahmad Iswazir Ismail (@realjayiswazir) on

Jay juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelakon Azhan Rani kerana memperkenalkannya kepada produksi JS Picture.
"Azhan percaya dengan kebolehan saya dan berani memperkenalkan saya kepada Sheila Rusly dan Azman Yahaya untuk menjayakan watak Nazmi. Saya rasa sangat terharu dan berterima kasih.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Sheila, Azman, seluruh warga kerja JS Pictures seerta rakan pelakon seperti Ayda Jebat, Dayana Roza, Nor Albaniah dan semua yang terlibat," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Jay, Polis Evo 2 bakal menemui penonton pada 22 November ini.
Polis Evo 2 turut membariskan ramai pelakon lain seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Erra Fazira dan ramai lagi.
Foto: Instagram Drama Sangat, TV3
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar