Laman Utama
Ada Yang Padam 13 Keping Gambar Di Telefon Bimbit, Hannah Delisha Puji & Pesan Ini Pada Peminat
Pernikahan aktres Hannah Delisha dan pelakon Singapura Imam Shah ternyata memberi kesan kepada peminat terutamanya kaum lelaki.
Terbaru, ada pengikut di laman Twitter yang menggunakan username @AmirDauz memadam kesemua foto Hannah di telefon bimbitnya dan menunjukkan bukti dengan memuat naik tangkapan skrin.
Menghargai tindakan individu itu, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch memberi pujian kerana menghormati statusnya sebagai isteri orang.
"Saya hormat adab awak, saudara," balasnya.
Selain itu, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini juga sempat membalas komen-komen peminat yang kecewa dengan berita pernikahannya.
"Hi Hannah tahniah untuk perkahwinan awak tetapi ingin memberitahu yang adik saya sangat patah hati apabila mengetahui awak sudah menjadi isteri seseorang. Doakan agar dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM Pro-Max Isnin ini," tulis pengguna @SurayaOMJ.
"Haha insya-Allah, bagitau dia untuk fokus dan belajar dulu okey. Dan beritahu kami keputusannya. Semoga berjaya," kata Hannah.
"Kawan saya ni makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang memikirkan masa depannya yang hancur setelah melihat gambar kahwin yang muncul secara tiba-tiba semalam," tulis @FanisZainal.
"Hahaha okey saya doakan semoga kawan awak dapat jodoh yang lebih baik dari saya dan sepadan dengan dia," balas Hannah.
Terdahulu, Hannah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Imam Shah di Singapura pada Khamis lalu (18 Februari) dengan dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Difahamkan, pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum akhirnya ke jinjang pelamin.
Must-Watch Video