gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Di Rumah, Remy Ishak Seronok Bantu Isteri Uruskan Anak - “Dia Tak Paksa & Suruh Pun Tapi…”
HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
VIRAL
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Ada Yang Nak Sewa Badan Saya Dengan Harga RM1,000" - Anak Dharma Harun

Gempak
Gempak
19/07/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Ada Yang Nak Sewa Badan Saya Dengan Harga RM1,000" - Anak Dharma Harun
Anak kedua pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq atau Syafiq, 36, mendedahkan ada menerima pelbagai tawaran kerja tidak senonoh hingga melibatkan maruah diri.
Antaranya ada individu berani menawarkan RM1,000 untuk memiliki tubuh badannya.
"Macam-macam tawaran dapat, contohnya ada yang nak sewa badan saya dengan harga RM1,000. Saya baru saja dapat mesej itu awal Julai ini.
"Ada tawaran yang lagi teruk sebenarnya tapi saya rasa tidak sesuai untuk berkongsi kepada umum," katanya.
Dia mengakui tidak terkejut dengan tawaran sedemikian kerana kerjanya sebagai model juga.
Menurutnya, tawaran itu mungkin berpunca daripada hantaran foto portfolionya di media sosial.
Dalam pada itu, Syafiq akui pernah terfikir meninggalkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) demi mencari kerja tetap.
Syafiq berkata dia bagaimanapun hentikan niat itu kerana enggan kerja berbekalkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja selain sokongan moral daripada pelbagai pihak untuknya tamatkan pengajian.
Terdahulu, Syafiq meluahkan rasa terkilan dengan kecaman netizen yang mendakwanya 'goyang kaki' dan mengharapkan bapanya Dharma, 69, saja kembali bekerja untuk menanggung keluarga.
Syafiq menjelaskan dia sebenarnya banyak melakukan kerja sambilan sebagai barista, model dan pelakon untuk menyara keluarga selama ini.
Topic Berkaitan
#Viral
#Anak
#Kerja
#Tawaran
#Tak Senonoh
#Dharma Harun
#Muhammad Al-Syafiq
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement