gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lancar Kotak Warisan Che Ani Premium, Netizen Kritik Macam Tiru Aliff Syukri - "Kenapa Dengki?"
HIBURAN
“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi Fasih Cakap Kelantan” – Ameera Khan
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Syafinaz 'Love' Chemistry Bintang Alpha, Puji Persembahan Berkumpulan - “Mereka Sudah Boleh Dilihat Sebagai…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ada Yang Mengadu Lihat Shahrul Nasrun Di Lobi Hotel, Amyera Tak Ambil Peduli Hal Bekas Suami - “Dah Keluar Dari Hidup Saya & Dia Tak Akan Berubah”

gempak
Mya Amri
08/05/2025
08:30 MYT
Sponsor Banner
Ada Yang Mengadu Lihat Shahrul Nasrun Di Lobi Hotel, Amyera Tak Ambil Peduli Hal Bekas Suami - “Dah Keluar Dari Hidup Saya & Dia Tak Akan Berubah”
Usahawan, Datin Amyera memohon supaya netizen tidak lagi mengaitkan dirinya dengan bekas suaminya iaitu Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.

Enggan dikaitkan dengan bekas suami

Menurut Amyera, mereka sudah tidak lagi berhubung dan segala kepahitan tentang masalah rumah tangga yang berlaku dalam hidupnya semua telah dilalui sejak lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama Exco Pemuda Umno Malaysia itu.
Malah kata Amyera, perangai bekas suaminya itu tidak akan berubah.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjernihkan keadaan kerana saya telah mendengar banyak perkara tentang Shahrul Nasrun sejak akhir-akhir ini daripada anda semua.
“Ada seseorang melihat dia di lobi hotel dan mengatakan dia mengganggu mereka, kawan-kawan mereka, cuba untuk menggoda, beri kad perniagaan.
“DM semua selebriti wanita dan juga yang bukan selebriti di Instagram dan apa sahaja.

“Pertama sekali, saya tak perlu ambil tahu dan sejujurnya saya tak nak ambil tahu apa yang dia buat sekarang. Bukan masalah saya lagi.

“Dia tidak tinggal bersama saya, dan kami tidak lagi berhubung. Dia dah keluar dari hidup saya. Sejujurnya saya sendiri tidak terkejut. Semua itu saya sudah lalui sepanjang 8 tahun bersamanya.

“Dia tidak akan berubah. Maksud saya, jika dia boleh melakukan semua itu semasa dia masih mempunyai isteri dan sekarang dia masih bujang? Apa yang anda harapkan? Jelas sekali, ia akan berlaku dan semakin teruk,” katanya menerusi kenyataan di Instagram.

Masih simpan rahsia bekas suami

Tambah Amyera lagi, sehingga kini dia masih lagi tidak mendedahkan segala perkara buruk yang dilakukan oleh bekas suami terhadap dirinya.

“Saya mendiamkan diri dan masih bersikap baik dengan tidak mendedahkan semua yang dia lakukan, walaupun pada bulan Ramadan yang lalu.

“Dia masih terbiasa dengan tabiat buruknya yang lama. Tetapi saya memilih untuk berdiam diri kerana saya mahukan ketenangan dalam hidup saya.

“Jadi tolonglah, apa sahaja yang dia lakukan sekarang, itu terpulang kepadanya. Ia tiada kaitan dengan saya,” tegasnya.
Berikut merupakan kenyataan penuh Amyera:
View this post on Instagram
A post shared by Amyera Zainal (@amyera.z)
Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.
Bagaimanapun Sabronzo menafikan perkara itu dan Amyera juga menegaskan wanita di dalam video tersebut bukanlah Sabronzo seperti yang didakwa netizen sebelum ini.
Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
Selain itu, pada Mac lalu, Amyera mendedahkan dirinya bukan lagi isteri kepada Shahrul.
Topic Berkaitan
#Shahrul Nasrun
#Bekas Isteri
#Hotel
#Amyera
Must-Watch Video