,
Laman Utama

“Ada Yang DM Hantar Gambar Nasi Basi Sebab Tunggu Yang Sponsor Datang…” – Achey

Fiza Kamarudin
26/12/2021
06:45 MYT
Isu mengenai dakwaan barang bantuan ‘disorok’ atau tidak diagihkan dengan betul antara yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Antaranya mangsa banjir tidak dibenarkan mengambil barang sumbangan di tempat pengagihan termasuk di Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Ada juga yang mendakwa, barang sumbangan ‘diperam’ petugas termasuk menahannya sehingga VIP tiba ke kawasan tersebut, untuk tujuan mengambil gambar dan pengagihan.
Pelawak dan penyanyi Achey antara yang menerima aduan seumpama itu daripada mangsa banjir.
Menurut Achey mereka mendakwa takut untuk mengambil sumbangan kerana bimbang dimarahi.
“Ada tempat-tempat agihan bantuan ni dia bukan dipolitikkan tetapi tidak tahulah bagaimana sistem pengagihan tu.
“Ramai yang DM saya nak pergi ambil barang takut. Ada yang hantar video di DM nasi tu dah basi sebab nak tunggu kononnya sponsor sampai nak ambil gambar penyerahan dan sebagainya,” katanya.
Melihat kepada situasi tersebut, Achey turut memberikan pandangannya.
“Bagi saya kalau melibatkan barang-barang bantuan ni buat masa sekarang, barang sampai bagi jangan tunggu-tunggu,” katanya.
Dalam pada itu Achey turut memohon maaf sekiranya salah mengeluarkan kenyataan.
“Saya salah saya mintak maaf, mungkin ada sebab jadi begitu dan mungkin tak ada sebab langsung atau sebab yang tak munasabah.
“Sampai bagi bukan sampai simpan. Saya tak kata simpan tu salah tapi kalau ada yang perlukan, dan barang tu ada so bagi je.. Ni bukan stock kedai runcit nak tahan-tahan.
“Yang datang tu nak ambik bantuan bukan nak shopping…Sekali lagi kalau saya salah saya mohon maaf siap-siap,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial sekumpulan NGO mendakwa barangan sumbangan mereka tidak diagihkan dengan betul kepada penduduk yang terjejas.
Mereka turut mendakwa lambakan barangan berlaku di PPS kerana pintu dikunci dan barang tidak diserahkan kepada mangsa yang datang meminta barang keperluan.
Menurut kumpulan tersebut, petugas hanya mengagihkan barangan tersebut kepada mangsa yang di tempatkan di PPS sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bergabung Dalam 'Biar', Achey Dan Tantari Mahu Sampaikan Mesej Yang Mendalam Buat Pendengar

gempak
12/09/2024
18:55 MYT
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah,38, lagu yang ditulis sepenuh olehnya itu mengisahkan tentang realiti kehidupan, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar dicapai.
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.
Hiburan

"Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci

gempak
19/03/2024
01:55 MYT
Bukan berdiam diri! Tegas pelawak Achey yang pernah sekumpulan dengan Allahyarham Abam Bocey, dia mengharapkan kemelut antara Nor Hidayah dan Syed Ali Puteh diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Ucap Hari Lahir Buat Allahyarham Abam, Achey Sebak  - “Kesedihan Takda, Rindu Je Ada Ni”

gempak
20/01/2024
12:00 MYT
Al-fatihah buat Allahyarham Abam
Laman Utama

Achey Nak Bantu Rider Dapatkan Semula Motosikal Yang Disita - “Jangan Sampai Keluar Duit Sendiri”

gempak
14/09/2023
02:55 MYT
Alhamdulillah, ramai yang membantu.