,
Laman Utama

"Ada Stimnya, Ambo Tulis Skrip Atas Bonet Kereta, Bus Stop, Tongkol Kayu..." - Sabri Yunus Puas Berkarya PYCCMS, Tak Sabar Tunggu Episod Akhir!

Amri Hassan
14/04/2022
04:55 MYT
Pengarah dan penulis skrip drama viral Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti (PYCCDMS), Sabri Yunus akui seronok melihat reaksi penonton yang teruja menantikan episod akhir karyanya.
Bakal melabuhkan tirai pada minggu ini, kata Sabri, kebanyakan penonton memberikan maklum balas positif untuk drama 16 episod itu.
"Lagi dua episod siri Pok Ya Memburu Siti berakhir.. ada ramai yang sedang meneka-neka tamatannya.. Selain meneka ada juga yang mereka-reka, buat kesimpulan sendiri.
"Ambo seronok melihat susana begini. Ya, mereka penonton yang cakna.. biarkan.. biarkan..
"Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Alhamdulillah peratus yang suka rasanya lebih ramai.
"Masa mula main pentas dulu, ambo belajar satu perkara. Kita harus sedar bahawa tak semua penonton yang penuhi dewan itu suka kita. Kita sebagai manusia tak mungkin dapat puaskan hati semua orang..
"Buatlah untuk orang yang suka.. biarkan orang yang tak suka.. jangan kita terganggu dengan hal yang begitu… Ambo juga diajar buatlah apa yang kita rasa perlu buat. Jangan fikir yang orang suruh buat," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Berkongsi cerita di sebalik penggambaran drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Sabri memberitahu idea penulisan skrip dan lakon layar diterjemahkannya secara spontan ketika berada di set penggambaran.
Hal sama pernah dilakukan ketika mengarahkan drama 13 episod Ripin Mugha Batu dan Siri Tanya Sama Pokok.
"Menulis skrip Pok Ya CC: Memburu Siti satu kenikmatan yang tersendiri. Ambo siapkan treatment dan skrip (skrin play dan dialog) di lokasi.
"Pertama kali buat macam ni bila shooting drama 13 episod Ripin Mugha Batu, ambo turun dengan treatment sebab masa terhad. Siap treatment saat masa dah nak shooting, tak ada masa tulis dialog.
"Namun ada stimnya, ada kelebihan ambo rasai. Kita tak perlu duduk berkhayal mencari atau mencipta dialog. Suasana set, kenali kekuatan dan kelemahan pelakon penting untuk tulis dialog.
"Ambo tulis PYCCMS dimana mana.. atas bonet kereta, atas seat kereta, bus stop, atas tongkol kayu atau apa-apa dan dimana-mana. Best … janji idea untuk tulis mengalir tak bertakung!" tambahnya.
Sinopsis
Drama bersiri Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti mengisahkan kejadian yang berlaku selepas Siti menghilangkan diri.
Pok Ya tidak pernah berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya.
Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah diculik. Pok Ya ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.
Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti mula disiarkan pada 21 Mac 2022 di Astro Ria. Drama karya Sabri Yunus ini turut melibatkan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar