,
Hiburan

“Ada Peningkatan, Silap Kami” – Wawa Zainal Akui Anak Alami Speech Delay Kerana Suka Tengok....

Mya Amri
17/09/2019
23:23 MYT
Pelakon Wawa Zainal mengakui anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap kerana terlalu didedahkan dengan gajet.
Bagaimanapun, Wawa memberitahu Attar sudah menunjukkan banyak perubahan selepas dihantar ke kelas terapi.
Wawa berkongsi perkara itu kepada pengikutnya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
“Mengenai posting semalam ramai yang tanya Attar ni sebenarnya ada masalah apa. Attar ni speech delay.
“Umur dah 6 tahun tapi belum lancar sangat lagi bercakap tapi… Alhamdulillah ada peningkatan semenjak Wawa hantar dia pegi OT, speech therapy.
“Untuk yang mengadu anak masih belum bercakap padahal dah 2 tahun+, 3 tahun tu cuba kurangkan gajet.
“Sebenarnya Attar ni pun lambat sebab suka tengok gajet dulu, silap kitorang. Bila Wawa posting pasal Attar ramai yang DM.
“Rupanya ramai juga ibu-ibu di luar sana yang alami masalah yang sama. Tak apa… Kita doa dan usaha. Usahanya hantar pergi terapi etc dan banyak luangkan masa dengan dia. Good luck mommies,” kongsinya.
BACA: “Risaunya, Walaupun Attar Tak Lancar Sangat Bercakap Tapi…”- Wawa Zainal Kongsi Perkembangan Anak
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berkongsi dan mengalami pengalaman yang sama dengan dengan Wawa.
“Macam anak saya… Alhamdulillah masa umur empat tahun baru boleh bercakap. Atas usaha pergi terapi.” komen @arina8083
“Anak saya pun speech delay juga, umur 6 tahun masih belum boleh bercakap dengan lancar. Level cakap macam budak tiga tahun tapi… Alhamdulillah masuk tahun 1 terus lancar bercakap walaupun masih pelat dan pandai membaca. Dua tahun juga pergi speech therapy. Insya-Allah bulan 10 ni dah boleh discharge,” kongsi @baby_arema
Sebelum ini, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu pernah meluahkan rasa bimbang apabila Attar masih belum boleh bercakap walaupun usia anak lelakinya itu sudah mencecah empat tahun.
Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Manakala untuk perkembangan terbaru pula, Wawa kini sedang hamil anak ketiga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar