,
Hiburan

Ada Netizen Pertikai Kemenangan Di Pentas AME2020, Siti Nordiana Sedar & Anggap Ini Rezeki Dari Peminat

Zulaikha Yusof
22/12/2020
02:48 MYT
Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana menyatakan kemenangan yang diraih pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME2020) adalah hasil titik peluh daripada peminat yang tidak pernah putus asa memberi sokongan.
BACA: Haqiem Rusli & Siti Nordiana Dinobatkan Sebagai Top Top MeleTOP Era 2020
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 36, dia sedar ada segelintir netizen yang mempertikaikan dan mempersoalkan tentang itu.
"Saya sebenarnya tak sangka masih lagi diberikan kesempatan oleh peminat untuk menerima anugerah ini.
"Terima kasih kerana masih sayang saya, sebenarnya anugerah ini menjadi penanda aras untuk saya jadi lebih baik lagi. Orang dah undi kita, mesti peminat mengharapkan yang terbaik.
"Saya tahu ramai yang mempertikaikan kenapa asyik saya sahaja yang menang tapi apa yang boleh saya cakap ini semua adalah rezeki dan juga hasil undian peminat.
"Saya pun tak pasti apa yang membuatkan mereka undi saya sebab sekarang saya bersaing dengan ramai selebriti BBNU yang menjadi dambaan peminat buat masa kini.
"Terselit nama saya dalam kalangan mereka itu pun buat saya tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka (peminat) sayang pada saya.
"Mungkin sebab saya sentiasa menjadi diri sendiri dan jaga hubungan dengan peminat membuatkan mereka masih kekal sayang saya sehingga kini," katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Angkara ini dia mempunyai dua peminat dari dua generasi berbeza sejak dia menyertai program Gegar Vaganza musim kedua (GV2).
"Peminat saya datang daripada dua generasi berbeza iaitu di awal kemunculan saya dalam industri dan selepas saya menyertai GV2.
"Mereka ini yang selalu ada untuk saya selain saya sendiri rajin berhubung dengan peminat, malah kami selalu pergi bercuti sama-sama sebelum ini," kata Nana.
Dalam pada itu, pemilik nama Siti Nordiana Alias akan terus menampilkan karya baharu serta berlakon dalam drama bagi mengekalkan dirinya relevan dalam industri seni.
"Sekarang ini untuk terus kekal relevan dalam industri ia merupakan tugas saya dengan sentiasa menampilkan lagu-lagu baharu dan berlakon drama.
"Saya sendiri akui ia sangat susah nak kekal relevan dalam karier seperti kami. Ia semuanya bergantung kepada usaha selebriti itu sendiri selain sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat," katanya lagi.
Terdahulu, pelakon drama Dia Semanis Honey telah merangkul empat trofi di pentas AME2020 iaitu Top Top MeleTOP Era Wanita, Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan, Artis Versatil MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP bersama penyanyi Khai Bahar.
Kemenangan itu telah mencetuskan pertikaian kerana ada yang beranggapan tidak sesuai dimenangi malah ada yang ingin muka baharu untuk beberapa kategori itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Peraduan

GOLD on Astro First - Sewa & Menang (CLH Signed Jersey)

gempak
30/08/2024
06:45 MYT
Korang nak menang menang jersi terhad ditandatangani oleh Cheah Liek Hou dan pelakon filem Gold? Jom Check it out!
Sukan

Paralimpik Paris: Liek Hou, Fareez Anuar Menang Aksi Pertama

gempak
29/08/2024
12:40 MYT
Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou, menepati ramalan memenangi perlawanan pertama kategori SU5 Kumpulan A Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Sukan

Zii Jia Terima RM250,000, Aaron-Wooi Yik Dapat RM100,000 Seorang

gempak
22/08/2024
13:25 MYT
Durian runtuh buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bakal menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM200,000.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Menang Anugerah Mingguan Sebanyak 3 Kali, Syaffiq Sahli Salur Kepada Anak Yatim – “Saya Cuma Ambil Saja”

gempak
19/08/2024
06:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli bersyukur apabila berjaya menduduki posisi pertama menerusi lagu Fantastic Baby pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung pada Ahad.