HIBURAN
Ada Masalah Anxiety & Gugup Pentas, Amsyar Lee Bersyukur Allah Makbulkan Doanya - "10 Minit Sebelum Naik Pentas Saya..."
Penyanyi, Amsyar Lee mengakui mempunyai masalah anxiey dan takut untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai lebih-lebih lagi semasa menyertai program nyayian, Sing Asia.
Menurut Amsyar sebelum persembahan bermula dia hanya berdoa kepada Allah SWT untuk hilangkan rasa menghilangkan rasa gugup yang dialaminya ketika menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan.
“Saya ada anxiety dengan stage fright yang teruk sangat, macam-macam boleh jadi. Tapi kan ada satu masa tu 10 saat sebelum naik atas pentas untuk nyanyi lagu Cinta saya doa pada Allah untuk hilangkan rasa nervous dan kurangkan rasa takut, anxiety semasa saya menyanyi,”tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri menyifatkan detik tersebut sebagai satu keajaiban apabila Allah memakbulkan doanya dengan serta-merta.
Malah merasakan apa yang diberikan oleh yang maha esa ini adalah satu petunjuk untuknya meneruskan perjuangannya dalam dunia seni suara tanpa memikirkan kata-kata orang.
“Sebab tu ada satu scene anda boleh nampak saya menangis bukan sebab apa tapi Allah makbulkan doa saya, sangat ajaib. Saya percaya dan letak 100 peratus pada Allah.
“Saya dapat menyanyi macam ini pun sebab Allah yang tunjuk jalan, jadi kenapa saya nak dengar dan pecaya cakap-cakap orang yang negatif.
“Baik saya percaya dengan apa yang Allah dah susun, sampai hari ini saya masih rasa goosebump,” tambahnya.
Sekadar info, Amsyar telah melalui proses saringan secara tertutup dan dipilih oleh pihak produksi Sing Asia kerana merasakan dia mempunyai suara yang unik.
Sing Asia merupakan program nyanyian yang bertujuan mencari dan mengasah bakat penyanyi muda di Asia.
Menariknya, program ini diadakan di atas kapal persiaran mewah yang akan berlayar di Okinawa (Jepun), Ha Long Bay (Vietnam), Singapura, Klang (Malaysia), sebelum kembali ke Hong Kong.
Selain Jessie J, nama besar lain yang turut terlibat dalam rancangan ini ialah penyanyi pop China Zhang Liangying, ikon pop Jepun Kudo Shizuka, dan pemenang empat Anugerah Golden Melody, Tanya Chua.
Program ini akan mula disiarkan pada 23 Mei menerusi platform iQIYI.
Must-Watch Video