,
Laman Utama

“Ada Masa Kena Berlembut, Ada Masa Kena..” - Fikry Ibrahim Beri Pesanan Pada ‘Adam’ Di Luar Sana

Azwa Rahman
15/05/2022
06:25 MYT
Aktor kacak Fikry Ibrahim menyeru kepada lelaki-lelaki yang ditimpa nasib yang sama seperti watak Adam di dalam drama bersiri Nusyuz Berkiblat Cinta (NBC) untuk bertegas dalam perhubungan rumah tangga.
Menurut Fikry, lelaki seharusnya menjadi khalifah yang tahu akan tanggungjawab dan peranan mereka jika berdepan dengan situasi didera secara mental dan fizikal oleh seorang isteri.
“Cerita ni bukan tipikal drama sebab banyak pembelajaran yang boleh diperolehi daripada watak Adam.
“Kalau saya sebagai seorang suami, saya kena berterus-terang dengan isteri saya. Kalau nak marah sangat pun, ada had dia dan semua kena berbincang supaya masing-masing tak melampaui batas.
“Pada mereka yang mengalami situasi yang sama seperti Adam, jadilah lelaki, fikir dari sudut seorang khalifah, tahu apa yang sepatutnya dilakukan, tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga lelaki.
“Ada masa kita kena berlembut, ada masa kita kena tegas,” ujar Fikry kepada Gempak.
Bersempena dengan episod NBC yang akan bersiaran pada malam ini, banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku pada watak Hawa (Emma Maembong) dan Erfhan (Nadhir Nasar) yang pastinya membuatkan penonton tidak senang duduk.
“Untuk episod akhir Nusyuz Berkiblat Cinta pada malam ini, kena tengok sebab ending dia unexpected. Drama NBC ini hakikat yang benar-benar wujud di dunia, cuma dibawa ke dalam TV,” ujar Fikry lagi.
Saksikan episod akhir Nusyuz Berkiblat Cinta pada Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan platform penstriman Astro Go serta Ultra Box.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

gempak
07/09/2024
01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku: Emma Maembong Perlu Ingat Butir Dialog & Emosi Sama Macam Novel!

gempak
23/05/2024
05:55 MYT
Memegang watak sebagai Dian, wanita kampung yang lurus bendul, pelakon Emma Maembong mengakui dia berdepan dengan cabaran dari segi lontaran dialog.