,
Berita

“Ada Lagi Perjuangangan Yang Harus Aku Lunaskan”- Norzizi Zulkifli Kenang Pemergian Bapa

Syafiqah Jalal
07/09/2020
07:11 MYT
Pelakon dan pensyarah Dr Norzizi Zulkifli akui masih ada perjuangan yang harus diselesaikan selepas pemergian bapanya Allahyarham Datuk Zulkifli Zain kelmarin.
Menurut Norzizi dia kini harus banyak berdoa buat bapanya.
“Perginya kekasih hati. Ada lagi perjuangan yang harus ku lunaskan. Di sujud-sujud yang sunyi ku mohon Allah ampunkan segala dosa ayahanda.
“Sujud yang panjang biar hari yang bakal cerah ini memudahkan persemadian kekasih hati.
“Mohon kalian sahabat sejati turut mendoakan. Moga laluan yang lurus hari ini, tiada halangan lagi. Terima kasih semua,” katanya.
Zizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar kain yang menutupi jenazah bapanya.
Menerusi kemas kini terbaharu, Zizi berjanji dia dan adik beradik yang lain akan menjadi anak yang soleh dan solehah buat bapanya.
“Tahlil Malam Pertama. Dan doa akan ku kentalkan lagi buat Papa. Amalan dan segala tindakan aku di dunia ini, harus ku lihat semula.
“Aku harus memperkasakan segalanya ke arah yang menjadi lebih baik jika aku mahu Papa lebih aman. Papa, Zizi janji akan pastikan Zizi, adik-adik dan anak-anak Zizi menjadi anak yang soleh sebaik mungkin untuk Papa Mama, supaya segala usaha Papa Mama di dunia ini tidak dia-sia. Ini satu permulaan rupanya, bukan pengakhiran,” katanya lagi.
Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.