,
Berita

Ada Koyakan Pada Kemaluan, Nuraina Humaira Mungkin Dirogol Sebelum Dibunuh - Polis

Gempak
18/08/2024
14:10 MYT
Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, Sabtu lalu dirogol sebelum dibunuh.

Koyakan Pada Kemaluan

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas Nuraina Humaira Rosli, 10, menemui kesan koyakan pada kemaluan.
Menurutnya, laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput pada jam 4.30 petang itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.

"Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak ini yang mempunyai masalah pendengaran dan lembam telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemui.

"Dengan perkembangan baharu ini, kes yang pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini pada Ahad.

Remaja Lelaki Ditahan

Beliau berkata, susulan kes itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan.
Katanya, remaja berkenaan yang juga saudara terdekat mangsa ditahan di kediamannya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu pada jam 5.30 petang pada Ahad.
"Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok (Isnin) di Mahkamah Majistret Sungai Siput.

"Setakat ini polis telah merakam percakapan penduduk kampung dan kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Khaizam berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati, tempat terakhir kanak-kanak berkenaan dilihat adalah di Surau Madrasah Darulsalam yang jaraknya kurang 100 meter dari rumah keluarganya sekitar jam 3 petang pada Jumaat.
"Jadi kehilangan mangsa disyaki berlaku dalam tempoh berkenaan.
"Siasatan masih di peringkat awal jadi kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ke sini untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam kejadian itu, mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di kampung berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat

ARTIKEL BERKAITAN:Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan

ARTIKEL BERKAITAN:Aufahanie Berang Individu Tabur Fitnah Mengenai Nidza Afham - “Siapakah Kamu Untuk Sebar Ketidakpastian Cara Pemergian Abang Saya!”

ARTIKEL BERKAITAN:Hukuman Mati Awari Bunuh, Rogol Jururawat Depan Anak 9 Tahun Lepas Digantikan Penjara 40 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN:“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."