gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Elly Mazlein Anggap Laman Sosial Bukan Penentu Hubungan Pasangan - “Kadang-Kadang Saya Pun Unfollow Suami Sebab…”
VIRAL
Skandal S*ks Dengan Sami, Wanita Kaut RM50.4 Juta
VIRAL
Kantoi Curang, Netizen Anggar Isteri CEO Astronomer Bakal Dapat Harta Lebih RM200 Juta Jika Berpisah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Ada Juga Berkenan Di Hati, Tapi..." - Zizan Razak Buka Mulut Soal Teman Hidup

ZULHILMI JALIL
ZULHILMI JALIL
07/12/2020
23:10 MYT
Sponsor Banner
"Ada Juga Berkenan Di Hati, Tapi..." - Zizan Razak Buka Mulut Soal Teman Hidup
Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mengakui pernah menemui beberapa wanita yang dirasakan berkenan untuk dijadikan sebagai suri hidupnya.
Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata, perasaan berkenaan dihati itu sanggup dipendam kerana bimbang hubungan persahabatan yang terjalin pada dasarnya itu musnah disebabkan bibit cinta yang tidak kesampaian.
"Ada juga berkenan di hati, orang kata kalau tengok tu sukalah. Bila nak pergi ke peringkat seterusnya, fikir tak mengapalah, kawan sahaja dulu..dah jadi kawan.
"Apabila dah jadi sayang dengan persahabatan itu, saya takut (bercinta), apabila tak jadi (teman hidup) nanti, persahabatan hancur, percintaan pun hancur," katanya kepada Gempak.
Zizan ditemui sewaktu majlis pelancaran produk makanan ringan, DoryLicious di Gombak, Selangor baru-baru ini.
Begitupun, menurut Zizan, sekiranya dia bertemu dengan wanita yang tepat sebagai bakal isterinya, dia tidak mahu melengah-lengahkan hubungan berkenaan.
"Kalau dah jumpa (calon), keluarga okay, saya okay, saya kahwin sahaja. Saya tak nak buang masa dah keluar dating, melepak, beri kata-kata manis," katanya.
Katanya lagi, sebelum ini, dia juga pernah cuba diperkenalkan dengan wanita yang menjadi pilihan keluarganya.
Begitupun, katanya, soal hati dan perasaan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipaksa.
"Saya cuba berkawan, tapi terfikir kahwin dengan orang yang saya tiada perasaan nanti bagaimana?
"Umur pun dah 36 tahun, risau juga kalau nak perjudikan kehidupan dengan orang yang saya tak cinta," katanya.
Topic Berkaitan
#Pelawak
#Zizan Razak
#Isteri
#Teman Hidup
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement