,
Laman Utama

Ada Individu Guna Gambar Fauziah Nawi Kutuk Mawi, Ekin Di Platform X - "Saya Dah..."

Gempak
06/10/2023
09:50 MYT
Pelakon senior, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan yang ada individu menggunakan gambarnya di platform X.
Fauziah berkata, dia telah pun membuat laporan terhadap individu yang menggunakan nama Kak Jah Sungai Dua di platform berkenaan.
“Untuk makluman ada orang yang buka akaun Twitter (X) atas nama Kak Jah Sungai Dua menggunakan gambar saya. Ini bukan akaun saya. Saya dah buat report,” tulisnya ringkas.
Menerusi paparan tangkap layar yang dikongsi oleh Fauziah, individu berkenaan mengulas mengenai isu bayaran gerai makan yang melibatkan penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin.
Menerusi balasan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Fauziah, ramai menyokong tindakannya itu dan beranggapan tindakan individu menggunakan gambarnya sebagai sesuatu yang melampau.
Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila Ekin berkongsi harga yang perlu dibayar selepas menikmati hidangan makanan laut di sebuah restoran di Johor Bahru.
Selepas perkongsian Ekin tersebut viral, pemilik kedai telah membuat kenyataan balas dan memperincikan satu persatu menu yang dipesan oleh Ekin.
BACA: "Syukur Penghargaan Ini Diberikan Ketika Masih Hidup"- Fauziah Nawi Tak Sangka Terima Gelaran Datuk Selepas...​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Berita

Aufahanie Minta Orang Ramai Berhenti Kongsi Gambar Arwah Nidza - “Sila Take Down…”

gempak
15/08/2024
09:55 MYT
Penyanyi Aufahanie memohon agar orang ramai berhenti memuat naik gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia semalam.
Viral

Netizen ‘Bengang’ Pengantin Bergambar Hingga Ganggu Laluan Kereta Api - “Demi Sekeping Kenangan”

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Sepasang pengantin menerima kecaman hebat oleh netizen gara-gara mengambil gambar di sebuah landasan sehingga mengganggu laluan kereta api.
Viral

Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi

gempak
01/08/2024
05:55 MYT
Aktiviti penipuan secara atas talian bukanlah satu jenayah yang baru berlaku dalam negara ini.