Laman Utama
Ada 1 Juta Pengikut Di Instagram, 700 Ribu di YouTube, Azfar Heri Terima Tawaran Berlakon
Personaliti media sosial, Azfar Heri, 23, akui sudah menerima tawaran untuk berlakon.
Namun menurut pemilik nama sebenar Muhammad Azfar Herisyam ini, dia masih belum bersedia untuk menceburi bidang lakonan setakat ini.
"Saya ada terima tawaran berlakon, tapi setakat ini saya masih belum ke arah berlakon sebab mahu fokus lebih pada YouTube.
"Saya masih belum sedia untuk berlakon, tapi kalau ada rezeki suatu hari nanti untuk ke bidang lakonan, boleh juga saya cuba," katanya.
Azfar berkata demikian ketika ditemui di sebuah rakaman program televisyen semalam.
Ditanya tentang kualiti personaliti media sosial dalam dunia lakonan, Azfar percaya populariti influencer juga menjadi aspek yang dilihat pihak produksi untuk mendapatkan tontonan tinggi.
"Bagi saya, kadang-kadang pihak produksi perlukan seseorang yang boleh dapatkan penonton.
"Pada masa yang sama, mereka perlukan seseorang yang berbakat untuk sampaikan penghayatan dengan sebaiknya.
"Jadi, mungkin influencer dipanggil untuk berlakon untuk tarik crowd dan mungkin juga tawaran lakonan itu mampu mengasah bakat influencer untuk menjiwai watak dengan betul," katanya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, jumlah pengikut Azfar di Instagram telah mencecah 1 juta dan lebih 700 ribu pengikut di YouTube.
Must-Watch Video