,
Laman Utama

As'ad Motawh Kenang Zaman Susah Sebelum Jadi Artis, Duit Poket Ada RM5, Sabun Tangan Gantikan Deodorant

Amri Hassan
15/11/2023
00:55 MYT
Penyanyi As'ad Motawh mendedahkan pernah berjalan kaki lebih enam kilometer dari rumahnya untuk menghadiri pertunjukan fesyen di Pavilion Kuala Lumpur sebelum bergelar artis.

BERITA TRENDING: Asad Motawh Tak Suka Menunjuk-Nunjuk Rumah Sendiri - "Orang Tetap Mengata Saya Acah-Acah..."

Dedah As'ad, 22, tindakannya itu disebabkan dia hanya punyai wang RM5.
"Sebelum bergelar penyanyi saya dijemput menghadiri ke Kuala Lumpur Fashion Week. Saya ada RM5 dalam poket dan fikir macam mana hendak ke sana sebab saya duduk dekat Desa Pandan.
"Jadi saya berjalan kaki dari Desa Pandan ke Pavilion demi menghadiri pertunjukan itu. Dua jam saya berjalan kaki.
"Saya pakai 'comel-comel' nampak macam gaya seorang pempengaruh dan saya sampai sejam awal dekat sana," ujarnya menerusi podcast Thinker Studios.
Selain itu, As'ad memberitahu dia pernah tidak berkemampuan untuk membeli deodorant sehingga terpaksa menggunakan sabun pencuci tangan di tandas awam untuk wangikan badan.
"Badan saya berbau, saya pergi ke tandas dan duduk sambil keringkan peluh. Saya guna sabun tangan yang ada, saya letak dekat ketiak supaya saya tak busuk," tambahnya.
Disebabkan kesempitan wang juga, As'ad terpaksa menolak pelawaan rakan-rakan untuk menjamu selera di restoran popular.
"Mereka pesan banyak makanan dan ajak saya makan tapi saya beritahu sudah kenyang walaupun sedang lapar sebab bimbang tak mampu bayar.
"Makanan yang tidak habis, saya makan sebab memang tengah lapar," kongsinya lagi.
Duit RM5 itu kemudiannya digunakannya untuk membeli air kosong, sekeping roti canai dan tambang bas pulang rumah.

PILIHAN PEMBACA: "Jujurnya Saya Tak Solat Dahulu... Saya Budak Nakal" - As'ad Motawh

Saksikan podcast penuh di sini:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar