,
Laman Utama

Acha Septriasa Mengaku Hidup Dengan Hanya Satu Buah Pinggang

Maliah Surip
06/04/2022
12:55 MYT
Aktres Acha Septriasa membuat kejutan kepada peminatnya apabila mendedahkan dia selama ini hidup dengan hanya satu ginjal atau buah pinggang.
Menurut Acha yang kini berusia 32 tahun, dia hanya tahu memiliki satu ginjal sewaktu berumur 18 tahun. Hal itu terjadi secara tidak sengaja selepas bintang filem Heart tersebut melakukan pemeriksaan ke doktor lantaran kerap pengsan.
“Saya tak pernah tahu atau sedar selama ini hidup dengan hanya satu buah pinggang. Ia baru ditemui dan diketahui sewaktu saya berusia 18 tahun melalui pemeriksaan USG dan MRI serta CT Scan.
“Jadi selama ini saya kerap pengsan, tapi tidak pernah melakukan pemeriksaan menyeluruh. Hanya selalu rasa sakit perut pada bahagian kiri sehingga pemeriksaan yang dilakukan pada usia saya 18 tahun,” akui Acha seperti dilaporkan Kompas.
Acha mengaku sempat panik dan bingung dengan keadaan dirinya yang hanya mempunyai satu buah pinggang.
“Selepas memeriksa keadaan saya yang selalu sakit perut pada bahagian kiri, doktor mendapati buah pinggang sudah bengkak.
“Kemudian dia melakukan pemeriksaan pada sebelah kanan dan ternyata ianya kosong (tiada buah pinggang).
“Saya bingung bila doktor menulis saya hanya memiliki satu buah pinggang.
“Walaupun sempat panik namun doktor menjelaskan secara terperinci sehingga saya faham bahawa boleh hidup dengan hanya satu buah pinggang,” katanya panjang lebar.
Meski demikian, untuk memastikan tahap kesihatannya baik, Acha telah mengambil langkah berjaga jaga dan menurut pesanan doktor.
“Dulu selalu pengsan tak tahu kenapa. Jadi selepas tahu, saya kurangkan jam waktu bekerja di lokasi dan tidak lagi menyertai pasukan bola keranjang di sekolah.
“Saya juga tidak minum air dengan pewarna tiruan, malah minum air masak lebih banyak dari orang lain demi memastikan sistem kumbahan badan saya berfungsi dengan baik,” dedahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.