,
Hiburan

AC Mizal, Isteri Fail Saman Fitnah RM25 Juta

Ahmad Shah
08/08/2016
17:09 MYT
Penyanyi dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dua lagi memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd dan tiga yang lain, menuntut ganti rugi RM25 juta.
AC Mizal yang juga Presiden Peace Yall Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi saluran radio penyiaran internet swasta, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas.
Plaintif dalam saman itu ialah AC Mizal, 45, Emylia Rosnaida, 43, yang juga naib presiden syarikat itu, Rashidi Ishak, 43, ketua pegawai eksekutif syarikat itu dan Peace Yall Sdn Bhd.
Mereka menamakan wartawan hiburan Utusan Melayu, Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama hingga keempat.
Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa Syed Musaddad melalui sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia membuat andaian fitnah terhadap plaintif-plaintif di dalam artikel berjudul 'Peace Yall FM Tak Bayar Gaji'.
Mereka mendakwa perkataan-perkataan dalam artikel itu menggambarkan kesemua plaintif merupakan majikan, presiden syarikat, ahli perniagaan, ahli masyarakat atau individu yang tidak bertanggungjawab, cuai, dan lalai terhadap pekerja mereka.
Kesemua plaintif mendakwa perkataan itu juga boleh menggambarkan mereka mempunyai reputasi kewangan atau perniagaan yang teruk dan tidak boleh dipercayai, sedang menanggung beban hutang atau kewangan yang teruk hingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.
Mereka mendakwa reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni telah terjejas teruk.
Mereka menuntut ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Ahmad Shahrir Baharuddin yang mewakili kesemua plaintif ketika ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Abu Bakar Jais hari ini, memaklumkan mahkamah menyarankan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan kes saman fitnah itu melalui proses mediasi.
Katanya mahkamah menetapkan esok untuk pengurusan kes berkenaan. Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Ooi She Yi yang mewakili kesemua defendan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Lepas Pukul 6, Semua Balik!” - Mahu Pekerja Balik On Time, Ramai Puji AC Mizal Jadi Boss! Siap Tanya Ada Kerja Kosong Tak

gempak
22/10/2022
06:30 MYT
Datuk AC ni memang boss yang sporting lah.
Laman Utama

Ini Alasan Syafiq Yusof Kenapa Watak Lakonan AC Mizal Masih Ada Dalam Abang Long Fadil 3

gempak
23/09/2022
07:50 MYT
Watak AC Mizal penuh kelucuan
Laman Utama

Lakonan AC Mizal Dalam Abang Long Fadil 3 Tarik Perhatian Penonton - “Datuk AC Tak Pernah Kecewakan Aku”

gempak
16/09/2022
11:50 MYT
Memang mantap!
Laman Utama

Aksi Penari Lentik Viral, Penganjur Kena Kecam Konon Anjur Majlis Berunsur Maksiat? - "Niat Nak Hiburkan Tetamu Jer"

gempak
13/01/2022
23:58 MYT
Viral, pastu kena kecam...
Masked Singer 2

“Huwaa Ini Bukan Saya, Lentik Saya Lain, Saya Tak Shave Tiak” - Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ramai Usik Datuk Ac Ada kembar

gempak
13/01/2022
03:18 MYT
Datuk Ac undercover ke tu? Heheh