,
Hiburan

Abdullah Abbas Genap Setahun, Coretan PU Riz Buat Ramai Tersentuh - “Kalau Jodoh Kehidupan Kita Tak Panjang…”

Gempak
12/07/2024
23:55 MYT
Perkongsian pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menjadi perhatian apabila membuat ucapan kepada anak keduanya, Abdullah Abbas.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Haris yang juga suami kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa memuat naik sekeping foto yang memaparkan Abdullah Abbas.

Doa Jadi Hafiz Al-Quran

Lebih manis, perkongsian tersebut merupakan ucapan Haris sempena hari ulang tahun kelahiran pertama putera keduanya itu pada 11 Julai.
Dalam ucapan tersebut, Haris mendoakan agar Abdullah Abbas menjadi seorang yang berguna kepada agama.
“Anakanda Abah, Abdullah Abbas sudah genaplah usiamu setahun...cepatnya masa berlalu.
“Di waktu dikau dilahirkan, kegembiraan Abah Umi ditambah tanpa disedari senyuman yang pernah adik ukirkan adalah antara hadiah dan kesyukuran kami pada sang pencipta.

“Abah doa agar Allah jaga adik. Jadikan adik hafiz Al-Quran, fakih dalam agama selaras dengan nama Adik.

“Yang dipilih dari antara sahabat Nabi yang telah diredhai dirinya oleh Allah dan juga ahli keluarga Baginda,” tulis Haris.

Doa Jadi Anak Soleh

Tambah Haris, dia juga tidak mengharapkan harta dunia daripada cahaya matanya itu sebaliknya doa daripada seorang anak kepada ibu bapa.
“Abah sayangkan Abbas. Dan nanti bila Abbas sudah mampu membaca dan mungkin jua sudah pun menghafal beberapa Surah dalam Quran ketahuilah itu sahajalah yang abah harapkan.
“Agar Abbas ingat ayat suci Allah. Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan.

“Cuma kalaulah jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka, adik jangan lupa doakan Abah & Umi ya.

“Sekali lagi abah coretkan, jauh dari sudut hati abah, adik akan benar-benar genggam kecelikkan dalam agama dan bakal jadi insan yang soleh, InsyaAllah,” coret Haris lagi.

Sentuh Hati Ramai

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut menyifatkan ucapan manis itu sangat menyentuh hati.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Kini perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah...."

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Anggap Diri Tak Layak Komen Isu Curang Orang Lain - "Nasihat Saya..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Hiburan

“Sebaik Mana Orang Itu Pun Belum Tentu Orang Lain Akan Terima Kebaikan Dia” - PU RIz

gempak
02/09/2024
07:55 MYT
Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz berkongsi pendapat mengenai sikap segelintir manusia yang hanya melihat keburukan seseorang itu.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.