,
Hiburan

"Abang, Ayang Tak Minta Abang Bawa Balik Kemewahan Tapi Cukuplah Dengan Rezeki Yang Barakah" - Sinar Kongsi Kembali Kisah Imam Muda Asyraf

Badrul Hashim
25/04/2019
03:51 MYT
Satu perkongsian radio Sinar di Instagram, mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau.
"Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh.
"Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan.
"Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung," tulis Asyraf mengenang kembali.
"Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri.
"Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yg barakah"
Menurut Asyraf, isterinya tidak pernah meminta wang untuk membeli pakaian melainkan apa yang dibelikannya. Beg tangan dan kasut seadanya.
Kata Asyraf lagi, kadang-kadang terusik di hati seorang suami untuk membeli sesuatu yang menggembirakan isteri tetapi ketika itu dia tidak mampu.
"Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah.
"Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan," pesan Asyraf.
"Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui.
"Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama," kongsi Asyraf.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Segala Program Ditangguhkan" - Imam Muda Asyraf Umum Berehat Seketika, Peminat Utus Doa

gempak
04/11/2022
04:45 MYT
Doa baik-baik untuk Imam Muda Asyraf.
Laman Utama

Hukum Haram Wanita Bujang Pakai Inai? Imam Muda Asyraf Ada Jawapannya!

gempak
05/08/2022
07:46 MYT
Lelaki memang tak boleh pakai inai.
Laman Utama

IM Asyraf Bantu Cat Papan Tanda Jalan Raya, Netizen Puji - "Dah Lah Comel, Berkemahiran Pula Tu"

gempak
25/06/2021
04:15 MYT
Ramai minta datang rumah pula dah...
Laman Utama

Bimbang Keselamatan Pekerja, Imam Muda Asyraf Pilih Tutup Operasi Butik Untuk Sementara

gempak
21/05/2021
02:05 MYT
Bagus tindakan Imam Muda Asyraf ni, ramai puji.
Laman Utama

Dikutuk Imam Muda Asyraf Suara Tak Sedap, PU Amin Balas: "Dasar Netizen!"

gempak
25/04/2021
12:50 MYT
boleh tahan kasar juga agamawan kita bila bergurau ya