gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Datuk Seri Aliff Syukri Kongsi Jumlah Kos Perbelanjaan Barang Rumah Cecah RM60,000 - “Rezeki Saya Alhamdulillah”
KELUANG MAN
Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
BERITA
Astro Muncul Juara Kejohanan Badminton Antara Media!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
SUKAN

Aaron-Wooi Yik Juara Kejohanan Badminton Asia 2025

gempak
Gempak
13/04/2025
19:47 MYT
Sponsor Banner
Aaron-Wooi Yik Juara Kejohanan Badminton Asia 2025
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gelaran pertama pada musim ini selepas mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di China sebentar tadi.
Kejuaraan tersebut diraih setelah pasangan nombor enam dunia itu muncul juara selepas menumpaskan gandingan tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi di final di Pusat Sukan Olimpik Ningbo.
Kemenangan itu juga menamatkan kemarau 18 tahun gelaran kejohanan sama yang kali terakhir dimenangi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah di Johor Bahru pada tahun 2007.
Biarpun ditentang sengit pasangan lawan, Aaron-Wooi Yik bermula dengan langkah kanan apabila menang set pertama 21-19.
Momentum positif kemudian diteruskan pada permainan kedua dan pengalaman nyata berpihak juara dunia 2022 itu apabila mengesahkan kemenangan 21-17 dalam tempoh 47 minit permainan.
Kemenangan tersebut menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu melebarkan kemenangan ke atas pasangan nombor 16 dunia itu kepada 3-1.
Menerusi kemenangan itu, Aaron-Wooi Yik membawa pulang wang tunai AS$37,000 (RM165,227), manakala Bo Yang-Liu Yi berpuas hati dengan ganjaran AS$17,500 (RM78,147).
Selepas ini mereka bakal menggalas cabaran bersama skuad badminton negara dalam saingan Piala Sudirman di Xiamen, China bermula 27 April hingga 4 Mei ini.
Topic Berkaitan
#badminton
#China
#Asia
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#Kejohanan
#BAC
Must-Watch Video