HIBURAN
Aaron Aziz Sanggup Dahulukan Duit Tiket Sebanyak RM90,000 Buat Jemaah Umrah Yang Terkandas - “Apabila Saya Lihat Foto-Foto Jemaah…”
Pelakon, Datuk Aaron Aziz bersimpati dengan nasib jemaah yang terkandas daripada mengerjakan ibadah umrah dan sanggup mengeluarkan wang kira-kira RM90,000 untuk menampung kos pengurusan agensi berkenaan.
Dahulukan duit sendiri
Menurut Aaron, sekiranya dia tidak mengeluarkan wang tersebut, seramai 40 jemaah tidak dapat melaksanakan umrah mengikut waktu yang telah dirancang.“Orang kata kenapa senang-senang percaya orang, senang bagi duit pada orang.
Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.“Kalau saya tak keluarkan duit (dahulukan), 40 jemaah akan ‘tersangkut’ dan tak dapat menunaikan umrah. “Saya tengok gambar-gambar semua jemaah merupakan pakcik dan makcik. Kalau saya tak belikan tiket dulu mereka tak dapat pergi umrah,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Aaron Aziz Bengang Ditipu Agensi Hampir RM90,000, Tekanan Darah Naik Mendadak – “Sampai Di Hospital…”
ARTIKEL BERKAITAN:Terima Anugerah Bintang Usahawan Negara, Aaron Aziz Turut Aktif Kempen Anti-Buli Di Sekolah - "Semakin Menjadi-Jadi"
ARTIKEL BERKAITAN:“Jaga Tepi Kain Sendiri Sudahlah” - Aaron Aziz Tak Setuju Ramai Buat Konten Cakap Fasal Orang
ARTIKEL BERKAITAN:Insiden Tembakan: Aaron Aziz Segera Ambil Anak Di SCM, Sempat Titip Pesanan - “Ingat Adik Jangan Pernah Panik Semasa Kecemasan”
ARTIKEL BERKAITAN:Aaron Aziz Rakan Kongsi Syarikat Umrah & Percutian Terkenal - "Kami Akan Perkenal Pakej Eksklusif Diinspirasikan Pengalaman Peribadi Saya"
Bukan penipuan tapi kesilapan pengurusan
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata ia bukanlah penipuan sebaliknya berlaku kesilapan di dalam pengurusan agensi berkenaan."Saya tak guna perkataan tipu atau scammer tapi mungkin salah percaturan kerana umrah ini bukan perniagaan macam pergi London atau Paris... untuk perjalanan umrah ini aliran tunai dia tinggi. "Kejadian itu berlaku satu bulan sebelum saya tanda tangan kontrak, nasib baik saya tak terjebak lebih. Mereka sedang buat proses pemulangan sedikit demi sedikit,” jelasnya.
Tak ambil tindakan
Bagaimanapun Aaron tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi itu."Saya dengan syarikat itu sudah lama (bekerjasama), lebih lapan tahun memang tiada masalah, cuma kali ini saja. Di bawah mereka juga ada konsortium juga. Selepas insiden itu, memang saya tamatkan kerjasama," katanya."Kalau saya ambil tindakan, syarikat itu akan tutup dan saya tak akan dapat duit saya semula. Lagi satu, ramai pekerja tak bersalah akan hilang kerja mereka. tapi tindakan pun tetap kena ambil.
Terdahulu, pada Mac, Aaron meluahkan kekecewaan apabila berdepan kerugian hampir RM90,000, dipercayai ditipu oleh sebuah agensi pengurusan umrah.
Lebih menyedihkan, dia juga tidak menerima bayaran gaji hasil kerjasama dengan pihak terbabit.
Must-Watch Video