,
Berita

Aadam Zac Izette & Aaleph Zeke Izette Nama Anak Kembar Zizie Izette

Rozaimi Zubaidi
30/01/2018
17:42 MYT
Pelakon Zizie Izette malam tadi mengumumkan nama anak kembarnya iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette kepada umum.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zizie telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia sebulan satu hari.
“Salam dan hello kepada semua. Inilah hero kami.
“Aadam Zac Izette (atas) dan adik lelakinya Aaleph Zeke Izette. Gambar ini dirakam ketika mereka baru berusia 20 hari.
“Alhamdullilah, hari ini mereka sudah berusia sebulan sehari. Terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati anda,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji kecomelan anak kembar Zizie dan mereka berharap agar anaknya dapat membesar dengan sihat.
Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court.
Zizie telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar pada Disember 2009.
Sebelum ini, pasangan itu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bebas Pertuduhan Rasuah RM2.8 Juta Bersama Suami, Ini Update Zizie Izette Di Instagram!

gempak
07/09/2023
08:22 MYT
Zizie Izeete ucap syukur...
Laman Utama

Wow Semakin Langsing! Zizie Izette ‘Payung’ Gambar Selepas Bersenam - “Saya Juga Berasa Lebih Yakin Dengan…”

gempak
21/05/2023
04:50 MYT
Zizie 'belanja' gambar selepas bersenam.
Laman Utama

Lawanya Zizie Izette Sekarang! Tapi Netizen Pula Rindu Wajah, Senyuman Manis Yang Dulu?

gempak
18/01/2023
12:54 MYT
Memang lawa!
Laman Utama

Zizie Izette Mohon Kes Didengar Bersama Permohonan Bung Moktar

gempak
26/09/2022
23:23 MYT
Zizie mahu kes didengar bersama Bung Moktar
Laman Utama

“Insha-Allah Saya Sihat Dalam Perlindungan Allah” - Bung Moktar Tepis Dakwaan Sakit Tenat

gempak
06/09/2022
06:24 MYT
Ada pihak sebarkan khabar angin.