,
Laman Utama

9 Hari Non-Stop, 60 Artis, Ada Road Tour GV & Kemunculan JDT! Ini Antara Tarikan Best Majestic Johor Festival 2023

Amri Hassan
17/08/2023
14:35 MYT
Majestic Johor Festival 2023 kini kembali lagi buat tahun kedua dengan mengumpulkan usahawan-usahawan daripada pelbagai sektor seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, kembara, makanan, minuman dan banyak lagi.
Acara anjuran Tourism Johor dengan kerjasama Star Vendors Event Sdn Bhd akan berlangsung di Puteri Harbour, Kota Iskandar, Johor.
Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran ini juga adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
"Kami amat bebesar hati dengan Tourism Johor yang telah memberi peluang kepada Star Vendors Event Sdn Bhd untuk menguruskan acara untuk tahun ini. Objektif utama acara ini dijalankan adalah untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan keluarga yang mesti dikunjungi.
"Tambahan, ia bagi meningkatkan jalinan kerjasama dengan semua pihak yang bertanggungjawab dalam usaha untuk mempromosikan negeri Johor dan keistimewaan setiap daerah.
"Majestic Johor Festival 2023 akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 26 Ogos hingga 3 September 2023, 9 hari berturut-turut," ujarnya.
Tahun ini, penampilan khas Pasukan JDT sempena ulang tahun penubuhannya ke 10. Selain itu, pengunjung akan diberi peluang untuk menyaksikan Konsert 'Road Tour' Gegar Vaganza yang akan di ditayangkan di Astro.
Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah aktiviti kanak-kanak seperti mewarna, karaoke Star Voice, permainan kanak-kanak dan sebagainya. Acara festival ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Masuk adalah percuma termasuk konsert percuma setiap malam. Juga ada di sana nanti pesta kopi dan dessert, ‘booth’ Hard Rock café dan Harley Davidson.
Antara tarikan menarik sempena bulan kemerdekaan, acara seperti perarakkan kemerdekaan dan semestinya sambutan kemerdekaan ke 66 diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.
Turut memeriahkan minggu tersebut adalah Hot Air Balloon yang dibawakan oleh Golden Value Ventures Academy secara percuma untuk 160 pengunjung terawal dengan syarat yang ditetapkan.
Selain daripada memberi peluang kepada usahawan tempatan, Majestic Johor Festival 2023 bakal menyaksikan pembabitan 60 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Wak Doyok, Dato Sri Aliff Syukri, Khai Bahar, Sherry Ibrahim, Black Hanifah, Noraniza Idris, Hafiz Suip, Reen Rahim, Nadia Brian, Ramlah Ram dan ramai lagi.
Selain artis, kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun.
UEM Sunrise Berhad telah menyediakan lokasi bagi acara ini selaku rakan kongsi lokasi. Rakan strategik yang bersama juga seperti Sunway Hotel Big Box, JB homestay yang menyediakan penginapan untuk selebriti.
Harapan kerajaan Negeri Johor menjadikan negeri Johor sebagai salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung ke Johor. Tambahan, industri Pelancongan Johor menjadi potensi bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan mampan di Asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.