,
Hollywood

8 Teori Netizen Konspirasi Kematian Naya Rivera

Amri Hassan
15/07/2020
07:50 MYT
Naya Rivera, bintang siri televisyen Glee yang ditemui lemas ketika berenang di Tasik Piru, Selatan California, Amerika Syarikat pada 12 Julai lalu.
Mayat Rivera, 33, ditemui kebetulan pada tarikh yang sama dengan kematian aktor siri Glee, Cory Monteith tujuh tahun lalu.
BACA: Kematian Naya Rivera Dianggap Suatu Sumpahan Glee?
BACA: Misteri Terjawab, Mayat Pelakon Glee Dijumpai Terapung Di Tasik Piru
Biarpun pihak berkuasa telah mengesahkan kematian Rivera disebabkan kemalangan namun masih ada netizen yang terus membuat spekulasi konspirasi kematian pelakon itu.
1. Berjalan tinggalkan anak
Menerusi footage yang dikongsikan pihak berkuasa, Rivera kelihatan berjalan di hadapan anaknya, Josey.
Ramai yang beranggapan, tindak-tanduk Rivera itu pelik dan mustahil bagi seorang ibu meninggalkan anak kecilnya di belakang.
Namun, ada yang menganggap itu perkara normal bagi sesetengah ibu bapa.
2. Baju hitam bertukar putih
Keluar dari kenderaannya yang diparkir senget, Rivera berbaju hitam dan berseluar putih.
Namun, setibanya di jeti, Rivera dan anaknya lesap dalam beberapa ketika kemudian kembali meneruskan perjalanan dengan menyarung baju putih dan berseluar hitam. 3. Laporan media keluar awal
Menerusi laporan media sebuah portal hiburan antarabangsa, Rivera dilaporkan hilang pada 3 Julai sedangkan dia memuat naik foto bersama-sama anaknya pada 7 Julai. Bermakna, portal itu sudah terlebih dahulu tahu bahawa Rivera akan hilang?
4. Tinggal telefon dalam kereta tapi ada update
Rivera dilaporkan meninggalkan telefon bimbitnya di dalam kenderaan sebelum menaiki bot ke tasik tersebut.
Bagaimanapun, Rivera sempat berhubung dengan keluarganya menerusi aplikasi Facetime ketika di dalam bot.
Namun, ada yang berandaian bahawa Rivera punyai telefon bimbit lain khusus untuk berhubung dengan keluarga semata-mata.
5. Cepatnya cari bot hilang
37 minit lewat memulangkan bot yang disewa Rivera, laporan individu hilang telah dibuat oleh syarikat pengendali perkhidmatan terbabit.
6. Piru bermakna syaitan
Dalam bahasa Finnish, Piru bermaksu syaitan dan angka 33 merupakan darjat tertinggi dalam freemason untuk dikorbankan.
Jadi, ada yang mengandaikan Rivera merupakan salah seorang mangsa korban 'iluminati'. 7. Tikar Kenai River 33
Ada juga yang mengaitkan kematian Rivera dengan produk tikar yang dinamakan Kenai River 33 bersaiz 19.38 inci.
Rivera berusia 33 dan 1938 batu persegi merupakan ukuran keluasan Tasik Piru.
Harga asalnya bernilai 29.99 AS$ namun tiba-tiba melonjak menjadi 1,121,987 AS$ (dengan mengambil kira tahun 1987 pada empat digit akhir harga tersebut). Difahamkan, ada pihak yang telah mengubah fakta harga terbabit atas tujuan tidak bertanggungjawab.
8. Just the Two of Us
Just the two of us merupakan kapsyen terakhir Rivera di media sosialnya, kebetulan sama dengan lirik lagu Eminem, Just The Two Of Us.
Lagu tersebut menceritakan kisah tragis yang terjadi kepada sebuah keluarga yang bersama-sama ke tasik.
Lirik nyanyian asal 97 Bonnie and Clyde itu juga ditafsirkan punyai maksud wanita (ibu) kepada keluarga tersebut mati lemas dalam tasik.
Ramai yang mengkritik lirik penyanyi rap itu yang dianggap kontroversi dan gelap. Walau apapun pandangan dan pemahaman netizen atau peminat setia Rivera akan tragedi yang menimpa, usahlah keterlaluan. Mungkin ia sekadar satu kebetulan.
Hormati keluarga Rivera yang kini sedang berdukacita atas kehilangan puteri mereka.
Rest in peace, Naya Rivera.
Sumber: HITC, Twitter, YouTube
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Avril Lavigne Komen Teori Konspirasi Telah Mati & Diganti Wanita Berwajah Sama

gempak
18/05/2024
12:44 MYT
Avril Lavigne merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada awal tahun 2000 dengan genre pop-punk.
Hollywood

Bekas Suami Pindah Masuk Rumah Adik Naya Rivera Demi Anak... Netizen Pula Fikir Bukan-Bukan!

gempak
30/09/2020
06:50 MYT
Tapi sebelum tu orang nampak dorang berpimpin tangan?
Hollywood

"Dia Terkapai-Kapai Minta Tolong Sebelum ..." - Detik Kematian Naya Rivera Didedahkan

gempak
15/09/2020
03:12 MYT
Hasil autopsi Naya Rivera akhirnya didedahkan kepada umu.
Nusantara

Usai Jenazah Ditemui, Keluarga Naya Rivera Mohon Privasi

gempak
15/07/2020
06:34 MYT
Berita

Kematian Naya Rivera Dianggap Suatu Sumpahan Glee?

gempak
14/07/2020
10:01 MYT