,
Hiburan

8 Tahun Jalin Cinta, Sean Lee Tiada Niat Sorok Perkahwinan Dengan Isteri – “Kalau Betul Sayang Tak Perlu Gelojoh”

Gempak
12/07/2024
09:55 MYT
Pelakon dan pengacara Sean Lee menjelaskan dia tidak berniat merahsiakan perkahwinannya bersama model, Bay Doucet yang berlangsung secara tertutup Ahad lalu.

Hormat Keputusan Isteri Dan Keluarga

Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkata dia menghormati keputusan isteri dan kedua-dua buah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan secara tertutup.

“Lebih dari segalanya saya rasa bukan nak merahsiakan tapi saya fikir privasi itu lebih baik. Sebab isteri saya juga seorang yang introverted.

“Dia sangat menghargai privasi dan dunia kami sangat berbeza dan luar biasa.
“Saya faham dan hormat keputusan dia dan keluarga kami untuk buat perkahwinan secara tertutup,” ujarnya kepada pemberita.
Sean ditemui pada sidang media program reality Gimme The Mic di The Bee, Publika, pada Khamis.
Berkongsi perkenalan bersama Bay, pengacara Gimme The Mic itu memaklumkan mereka sudah menjalin cinta sejak lapan tahun lalu.

Pegang Prinsip ‘Date To Marry’

Malah, Sean dan Bay juga mengamalkan prinsip perhubungan yang membawa kepada perkahwinan atau ‘date to marry’.
“Kami sudah bersama sangat lama sebenarnya, dah lapan tahun kami bersama tetapi setiap perhububungan pastinya tidak sempurna, ada turun naiknya sendiri.
“Lapan tahun sebab saya mahu bagi dia masa untuk ambil pengalaman bekerja sendiri sebab kami bersama pada usia muda. Tetapi ketika itu saya dah mula bekerja.
“Kami berdua juga setuju walaupun saya mahu kahwin awal tetapi dia juga ingin mengejar cita-cita jadi saya bagi lah dia masa. Kalau betul sayang, tak perlu terkejar dan gelojoh dengan perkahwinan

“Saya dan dia sangat suka idea ‘date to marry’. Tak mengapa tunggu lapan tahun kerana ia bagi masa buat saya pastikan inilah orang yang betul buat saya.

“Akhirnya kami berjaya, dapat kahwin,” kongsinya.
Dalam pada itu, Sean juga mengakui akhirnya dapat menarik nafas lega apabila tidak lagi perlu bersorok bila keluar bersama isteri.
“Apa yang best selepas kahwin bagi saya adalah saya rasa lega sebenarnya dan saya bukanlah seorang yang suka berahsia.
“Jika perkara yang indah dan baik pasti saya akan kongsi, cuma saya fikir tanggungjawab saya sudah berubah sekarang.

“Nak keluar dengan isteri pun dah tak perlu sorok dan segan. Kami boleh bergerak bebas.

“Saya rasa agak sukar bagi dia kerana ramai sudah kenal dia dan dia juga rasa luar biasa. Sukar untuk dia. Saya dah biasa dan pandai nak kawal situasi,” kongsinya lagi.
Ahad lalu, Sean memaklumkan dia sudah bergelar suami kepada model, Bay Doucet apabila berkongsi beberapa foto sekitar majlis perkahwinan yang dihadiri seramai 200 tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Perkahwinan, Sean Lee Kini Bergelar Suami

Gimme The Mic

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari, Ajai dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

ARTIKEL BERKAITAN: 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

gempak
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.