,
Gaya Hidup

8 Rumah Hantu Nights Of Fright 6, No. 6 Paling Scary, Tapi Korang Patut Cuba!

Amri Hassan
02/10/2018
11:32 MYT
Apa salahnya untuk anda mencabar ketakutan anda dengan Sunway Lagoon Nights of Fright (NOF6) tahun ini.
Sempena dengan festival Halloween, NOF6 menyediakan pelbagai tarian baharu termasuk lapan buah rumah hantu yang anda tidak patut lepaskan.
Lapan rumah hantu yang dimaksudkan ialah Wendigo- The Legend In The Mist, Phobia: Coulrophobia- The fear of Clowns, Slaughterhouse 13, Zombie Zoo, Scarytales Theather, Ghostbusters, Ghost Face- The Face To Make You Scream In UV3D dan Jampi- Enclave of Torture.
Apa kata, kami kongsikan sendiri pengalaman menakutkan NOF6.
1. Wendigo – The Legend in the Mist (***/5) Rasai pengalaman ngeri berdepan dengan mitos dan raksasa yang bersemangat kanibal! Jaga-jaga, mereka makan manusia!
2. Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns (***/5) Jaga-jaga, badut ini bukan melucukan dan membuatkan anda tersenyum, tetapi mereka mengerikan!
3. Slaughterhouse 13 (****/5) Rasai pengalaman kembali ke pusat penyembelihan Chan yang sudah lama ditinggalkan gara-gara seorang pekerja yang menemui badan yang tergantung dalam peti sejuk.
4. Zombie Zoo (****/5) Bukan sebarang zoo kerana ia menempatkan banyak haiwan yang mengerikan! Siapa yang mudah melatah memang habislah kalau masuk dalam ni...
5. Ghostbusters (***/5) Ada juga tau hantu yang menghuni bandar New York, hantu moden lagi tu! Rasai pengalaman terbabit bersama permainan lampu!
6. Scarytales Theater (*****/5) Dengarkan kisah mistik yang melibatkan pontianak, toyol dan pocong. Jaga-jaga, mereka mengelilingi anda dan menghantui anda sepanjang malam! Senang cakap hantu Melayu juga paling scary.
7. Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D (****/5) Menakutkan! Mimpi ngeri yang paling menyeramkan bakal menghuni hidup anda dalam rumah hantu ini!
8. Jampi - Enclave of Torture (***/5) Salem Witch, Malay Dukun, Indian Witch dan Chinese Witch bakal menyapa anda apabila anda menghampiri kawasan ini dengan mantra dan ritual yang menyeramkan!
NOF6 bermula pada 28 September sehingga 31 October 2018 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam.
Dapatkan tiket berharga RM69 untuk merasai semua permainan dan tarikan di NOF6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Xiumin Exo, Bobby iKON Gegar 9WAVE Music Festival!

gempak
17/10/2023
11:20 MYT
Festival Muzik 9Wave di Sunway Lagoon pada 11 November depan.
Laman Utama

7,000 Banjiri Neon Music Festival, Penganjur Janji Line-Up Lebih Padu Tahun Depan!

gempak
10/10/2023
11:06 MYT
Neon Music Festival berlangsung gilang-gemilang di Surf Beach Sunway Lagoon pada Jumaat lalu.
Laman Utama

Tragedi Halloween Itaewon; Pegawai Polis Dalam Siasatan Ditemui Mati

gempak
12/11/2022
05:35 MYT
Ditemui mati di rumahnya disyaki akibat membunuh diri.
Laman Utama

Tak Mainlah Beshe-Beshe, Heidi Klum Jadi Cacing Dalam Pesta Halloween

gempak
03/11/2022
05:55 MYT
Heidi Klum jadi cacing!
Laman Utama

Itaewon, Pusat Muslim & Lokasi Drama Itaewon Class Yang Ditimpa Tragedi Halloween

gempak
31/10/2022
12:40 MYT
Korea Selatan, khususnya Itaewon sedang menjadi perhatian dunia kerana insiden perayaan Halloween yang mengorbankan lebih 150 nyawa dengan puluhan lainnya cedera.