,
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

Gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Menerusi hantaran, MetMalaysia berkata, amaran Tahap 1 (berjaga-jaga) itu dikeluarkan bagi kawasan Larut dan Matang, Perak.

Berjaga-jaga

Selain Larut dan Matang, dua kawasan lain turut mencatatkan suhu panas Tahap 1 iaitu di Gombak, Selangor dan Kuala Krai, Kelantan.
“Beberapa daerah di Pahang juga mencatatkan cuaca panas Tahap 1 hari ini iaitu di Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin.
“Tahap Berjaga-Jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Lantai Masjidil Haram Kekal Sejuk Walaupun Cuaca Sekitar Panas? Ini Sebabnya!

​ARTIKEL BERKAITAN: Individu Ini Kunjungi 175 Pusat Beli-belah di Lembah Klang, Beri Rating Dari Terbaik Hingga Terburuk

​ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Teruk di China, DSV Terkandas di Lapangan Terbang!

​ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

​ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Dari Pahang Maut Kerana Strok Haba

Terdahulu, MetMalaysia melaporkan dua siklon tropika pada kategori taufan dan ribut tropika sedang aktif di timur laut Filipina dan Laut China Selatan berhampiran Pulau Hainan.
Tambahnya, keadaan itu menyebabkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan dijangka kembali normal apabila dua siklon tropika ini melemah mulai 27 Julai,” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.