Hiburan
7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Biarpun masih jauh perjalanan untuk ke konsert yang dijadualkan berlangsung tahun depan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 43, berkata, ada rasa sedih untuk menggunting rambut yang sudah disimpan sejak 2017.
Bagaimanapun, dia reda dan tidak menjadi masalah demi konsert solo keduanya itu.
"Perasaan saya tadi, tengok anak saya sedih, saya pun begitu juga. Botak ini dah sinonim untuk saya sejak saya masuk dalam industri hiburan.
"Disebabkan konsert ini, saya rasa tak mengapa kalau saya berkorban sikit. Bukan teruk sangat pun. Saya reda. Kena kekal sampai ke hari konsert," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: "Saya Nampak Kiamat" - Mawi Kongsi Fasa Dibenci, Terima Pelbagai Surat Dari 'Haters'
Dalam gimik khas itu, isteri tercintanya, Ekin Rahmat bertindak untuk memotong rambut Mawi yang akur duduk di kerusi berhadapan wakil media.Sinonim imej botak!
Ditanya mengenai imej botak yang sinonim dengan namanya sejak kemunculan awal sebagai peserta Akademi Fantasi 3 (AF3), Mawi berkata dia asalnya pernah merancang untuk membotakkan semula kepalanya untuk filem."Saya selalu ditanya oleh isteri dan keluarga. Tapi, saya bertahan dengan pendapat dan prinsip saya untuk kekal berambur panjang.
"Kalau saya nak botak balik pun, untuk filem yang saya nak buat. Tapi, rupanya hari ini. Tak rancang pun, tapi, hari ini ia terjadi," ujarnya.
Bela dah 7 tahun
Juara AF3 itu mula menyimpan rambut panjang pada 2017 bagi menjayakan wataknya dalam filem Munafik 2 arahan pengarah, Syamsul Yusof."Saya bela rambut sejak 2017. Dah tujuh tahun. Jadi, waktu perjalanan rambut saya begini, ramai yang tak puas hati. Ada yang kata, taknaklah terutamanya apabila berjumpa pakcik dan makcik. Saya senyum sahaja.
"Asalnya, saya bela rambut ini sebab filem Munafik 2. Waktu itu, Syamsul minta saya simpan rambut panjang sedikit. Tak sangka pula saya sayang nak potong," katanya.
Di sidang media hari ini, Ekin turut ditemani anaknya Cahaya Malaika dan selepas itu, potongan rambutnya dikemaskan oleh tukang gunting profesional.
Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 25 Januari 2025.
BERITA TRENDING: “Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi
BERITA TRENDING: Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”
BERITA TRENDING: Kecoh Persembahan Maal Hijrah Dengan Robot, Ini Respons Penyanyi Mawi - "Saya Hanya Dijemput Untuk ..."
Must-Watch Video