,
Laman Utama

6 Tahun Tanpa Karya, Rihanna Buat Soundtrack Black Panther: Wakanda Forever

Maliah Surip
27/10/2022
16:41 MYT
Ucapkan terima kasih kepada sekuel Black Panther, kerana membawa Rihanna kembali dengan karya terbaharunya.
Rihanna sudah enam tahun tidak membikin sebarang karya, dengan kali terakhir pada 2016 iaitu Anti.
Namun demi Black Panther: Wakanda Forever penyanyi ini menyumbangkan sebuah lagu sebagai tribute kepada aktor Chadwick Boseman yang merupakan pembawa karakter Black Panther sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2020 lalu.
Lagu yang menjadi soundtrack dalam filem ini diberi judul Lift Me Up, dengan Rihanna menulisnya bersama rakan artis Tems, pemenang Oscar, Ludwig Göransson dan Pengarah Black Panther, Ryan Coogler.
“Selepas berbicara dengan Coogler dan memahami hala tuju lagu dan filem ini, saya mahu menulis sesuatu yang melambangkan ‘kekuatan’ sekaligus meraikan semua individu saya pernah hilang sebelum ini.
“Saya berimaginasi sedang menyanyikan lagu ini kepada mereka semua dan menyatakan perasaan rindu yang mendalam,” ujar Tems dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, lapor CNN.
Dia juga mengatakan: “Rihanna menjadi inspirasi untuk saya dan beliau telah menyampaikan lagu ini dengan sangat baik. Ia sebuah penghormatan buat kami.”
Lift Me Up yang dirakamkan di lima negara akan dirilis pada Jumaat ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.